Pemerolehan bahasa Pertama Murid Hiperaktif (ADHD) dalam Aspek Kehidupan Harian: Analisis Neuropsikolinguistik

Authors

  • Siti Noridayu Abd. Nasir
  • Hazlina Abdul Halim
  • Rohaidah Kamaruddin

Abstract

Murid berkeperluan khas di Malaysia terbahagi kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal dan masalah dalam pembelajaran. Kedua-duanya dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah (Pakar Pediatrik). Kajian ini dijalankan kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dalam aliran pendidikan khas di negeri Perlis. Analisis kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui perolehan data secara soal jawab, temu bual bersama responden serta ahli keluarga. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Tingkah Laku dan Psikososial Erik Erikson (1956) untuk menghuraikan data. Antaranya, pengetahuan tentang tugas memasak dan mengemas rumah, penjagaan keselamatan diri dan pengetahuan seks, pengurusan kewangan, penjagaan kebersihan diri dan pakaian serta hubungan dalam keluarga. Temu bual dijalankan kepada dua pihak, iaitu responden dan penjaga bagi mengukuhkan data kajian ini. Lima aspek kehidupan seharian tersebut diterangkan oleh penyelidik terlebih dahulu menggunakan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, penggunaan bahasa Melayu merupakan bahasa pertama responden yang digunakan dalam kehidupan sehariannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden mendapat bahasa dengan baik tentang aspek penting dalam kehidupan seharian melalui pendidikan tidak formal. Malah, penguasaan tentang aspek kehidupan dikukuhkan lagi melalui pendidikan formal di sekolah. Kajian ini begitu penting bagi melihat sejauh mana pemerolehan bahasa pertama remaja berkeperluan khas dalam pendidikan yang melibatkan kepentingan kehidupan seharian. Malah, kajian ini penting bagi melihat tiga aspek yang memainkan peranan penting dalam proses neurologi, psikologi dan linguistik remaja berkeperluan khas.

Keywords:

Remaja berkeperluan khas, pemerolahan bahasa pertama, aspek neuropsikolinguistik

Downloads

Published

23-07-2024

How to Cite

Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim, & Rohaidah Kamaruddin. (2024). Pemerolehan bahasa Pertama Murid Hiperaktif (ADHD) dalam Aspek Kehidupan Harian: Analisis Neuropsikolinguistik. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 4(1), 23–36. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1047

Issue

Section

Articles