Sikap dan Penghayatan Jati Diri Bahasa Melayu Generasi Z (Gen Z), dalam Menempuh Revolusi Industri 4.0

Authors

  • Siti Nurul Jannah Binti Fital
  • Junaini Binti Kasdan

Abstract

Kemaraan era Revolusi Industri 4.0 (RI4) yang pastinya berkaitan dengan bidang Sains dan Teknologi didapati turut memberi kesan terhadap sistem pendidikan negara. Semua Institusi Pengajian Tinggi, sama ada awam mahupun swasta berusaha keras bagi memastikan produk yang dihasilkan melalui program-program yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan RI4. Ironinya, bidang Sains dan Teknologi ini sentiasa dikaitkan dengan keperluan yang tinggi terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Sejak pertengahan tahun 2010, istilah RI4 semakin tersebar di negara ini hingga menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Sebenarnya, selagi penuturnya terus mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini, Bahasa Melayu tidak akan terancam dengan kemaraan era RI4. Namun persoalannya adakah penutur bahasa Melayu khususnya dalam kalangan generasi Z (Gen Z) mempunyai sikap untuk mendaulatkan dan berusaha melestarikan serta memperkaya bahasa ini. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat bagaimana tahap sikap dan penghayatan generasi Z terhadap bahasa Melayu yang menjadi antara asas pembinaan jati diri bahasa kebangsaan. Adakah tahap jati diri mereka terhadap bahasa kebangsaan berada pada tahap yang membimbangkan atau tidak? Generasi ini juga dikenali sebagai generasi digital yang mahir akan teknologi informasi dan berbagai aplikasi komputer. Bagi mencapai tujuan kajian, instrumen pengukuran jati diri bahasa yang dibangunkan khusus untuk kajian ini dimanfaatkan.

Keywords:

Jati diri bahasa Melayu, Generasi Z,, Revolusi industri 4.0, Sikap, Pengamalan

Downloads

Published

18-07-2024

How to Cite

Siti Nurul Jannah Binti Fital, & Junaini Binti Kasdan. (2024). Sikap dan Penghayatan Jati Diri Bahasa Melayu Generasi Z (Gen Z), dalam Menempuh Revolusi Industri 4.0. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 2(2), 89–107. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1026

Issue

Section

Articles