Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Strategi Komunikasi dalam Penulisan Bahasa Arab

Authors

  • Nurmasturah Jamil
  • Noor Asliza Abdul Rahim
  • Shuhairimi Abdullah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar dalam aspek penulisan Bahasa Arab bagi subjek Al-Lughah Al- ‘Arabiah Al-Mu’asirah (LAM). Seramai 20 orang guru yang mengajar subjek LAM di beberapa buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik dan temu dan temu bual digunakan sebagai instrumen bagi mendapat data penggunaan kaedah pengajaran dan jenis strategi komunikasi. Data dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada kekerapan dan peratusan penggunaan kaedah pengajaran dan strategi komunikasi sahaja. Pengkelasan strategi komunikasi mengguna pakai Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997). Kajian mendapati bahawa sebahagian besar responden cenderung menggunakan kaedah pengajaran berbentuk ajuk hafal, syarahan, aktiviti dan permainan, induktif, pembentangan, komunikatif, terjemahan dan deduktif. Manakala, kaedah langsung kurang digunakan dalam aktiviti pengajaran LAM. Guru turut berpendapat bahawa kebanyakan pelajar sering menggunakan strategi terjemahan literal, pengulangan, rayuan kerjasama, penghampiran, penghafalan dan penghuraian semasa menulis dalam Bahasa Arab. Sementara strategi penciptaan perkataan baru, peninggalan mesej dan penukaran kod bahasa kurang digunakan dalam penulisan. Dapatan kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam usaha meningkatkan penguasaan komunikasi bahasa asing dalam kalangan pelajar.

Keywords:

Kaedah pengajaran, Strategi komunikasi, Pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Arab, Kemahiran Penulisan

Downloads

Published

24-07-2024

How to Cite

Nurmasturah Jamil, Noor Asliza Abdul Rahim, & Shuhairimi Abdullah. (2024). Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Strategi Komunikasi dalam Penulisan Bahasa Arab. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 3(1), 65–78. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1068

Issue

Section

Articles