Penguasaan Bahasa Wanita Pekak dan Impak kepada Pemerolehan Bahasa Anak

Authors

  • Siti Noridayu Abd Nasir
  • Hazlina Abdul Halim
  • Ahmad Shuib Yahaya

Abstract

Impak dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak bermula daripada persekitaran permulaan sejak kelahiran lagi. Ungkapan oleh ibu bapa mempengaruhi pemerolehan bahasa seseorang kanak- kanak. Namun begitu, proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang memiliki ibu Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal masalah pendengaran adalah berbeza. Hal yang demikian kerana, masalah pekak yang dialami memberikan kesan kepada penguasaan bahasa. Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai tiga objektif kajian. Pertama, ia dijalankan bagi mengenal pasti faktor dan impak yang berlaku dalam pemerolehan bahasa ibu yang mengalami masalah pendengaran. Teori Jean Piaget diaplikasikan dalam proses analisis data kajian ini melibatkan penguasaan bahasa ibu dan pemerolehan bahasa anak. Kedua, bagi meneliti tahap pemerolehan bahasa anak di bawah penjagaan wanita pekak. Akhir sekali, ketiga bertujuan melihat perkaitan antara Teori Jean Piaget dengan penguasaan bahasa responden ibu dan anak. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melalui penelitian yang mendalam, iaitu in- depth study terhadap responden. Konklusinya, melalui dapatan kajian menunjukkan penguasaan ibu yang mengalami masalah pendengaran memberikan kesan kepada pemerolehan bahasa anak yang dijaga. Malah, faktor latar belakang keluarga memainkan peranan yang menjadi faktor penguasaan bahasa yang diperoleh. Namun begitu, pemerolehan bahasa yang sering diulang dan digunakan dengan kerap memberikan kesan yang baik bagi meningkatkan pemerolehan bahasa dalam sesuatu aspek.

Keywords:

penguasaan bahasa ibu, pemerolehan bahasa anak, wanita pekak

Downloads

Published

24-07-2024

How to Cite

Siti Noridayu Abd Nasir, Hazlina Abdul Halim, & Ahmad Shuib Yahaya. (2024). Penguasaan Bahasa Wanita Pekak dan Impak kepada Pemerolehan Bahasa Anak. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 4(2), 153–168. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1060

Issue

Section

Articles