Media Cetak (Akhbar) sebagai Medium Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua Murid Lembam

Authors

  • Siti Noridayu Abd. Nasir
  • Hazlina Abdul Halim
  • Ahmad Shuib Yahaya

DOI:

https://doi.org/10.58915/jcsi.v5i1.1093

Abstract

Media cetak seperti akhbar masih lagi relaven digunakan sebagai bahan bacaan dan pemerolehan bahasa berkesan. Hal ini kerana, harganya mampu dimiliki dan menggunakan artikel yang disunting dengan baik oleh editor. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti pemerolehan bahasa remaja lembam melalui media cetak. Remaja lembam memperoleh bahasa dalam keadaan yang berbeza dengan remaja normal. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat sejauh mana pemerolehan dalam bahasa pertama (B1) dan bahasa kedua (B2) melalui dapatan kajian. Kajian ini juga menggunakan artikel terpilih di dalam akhbar bercetak Metro dan The Star keluaran Januari 2022. Sebanyak lima artikel bahasa Melayu (Berita Harian) dan lima artikel bahasa Inggeris (New Straits Time) telah dipilih sebagai item kajian. Teori yang diaplikasikan adalah Behaviorisme yang memfokuskan kepada Teori Pelaziman Operasi yang dipelopori oleh E.L Thorndike (1874-1949). Dalam teori ini hokum kesediaan reponden dikaitkan dengan pemerolehan bahasa pertama (B1) dan bahasa kedua (B2). Data kajian diperolehi melalui hasil jawapan daripada ujian yang dijalankan menggunakan artikel daripada Berita Harian dan New Straits Time. Hasil dapatan menunjukkan bahawa remaja lembam dapat memperoleh bahasa pertama (B1) melalui artikel yang diterbitkan melalui media cetak. Proses pengulangan penekanan terhadap perkataan serta ayat di dalam artikel dapat meningkatkan pemerolehan bahasa remaja lembam. Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa pertama (B1) yang mudah difahami oleh responden. Manakala, bagi pemerolehan bahasa kedua (B2) pula menunjukkan kelemahan yang ketara kepada responden kerana tidak digunakan sebagai bahasa utama dalam komunikasi hariannya.

Print media, such as newspapers, remains relevant as a reading resource and an effective medium for language acquisition. This is primarily due to its affordability and the well-edited articles it offers. Consequently, this study aims to identify the language acquisition of intellectually disabled adolescents through print media. These adolescents acquire language differently than their peers without disabilities. The study seeks to assess the extent of acquisition in the first language (L1) and the second language (L2) based on the research findings. Selected articles from the print newspapers Metro and The Star published in January 2022 were utilized. A total of five articles in Malay (Berita Harian) and five articles in English (New Straits Times) were chosen for the study. The applied theory is Behaviorism, focusing on E.L. Thorndike's Operant Conditioning Theory (1874-1949), which links respondent readiness to first (L1) and second language (L2) acquisition. Data was collected through responses to tests based on these articles. Findings indicate that intellectually disabled adolescents can acquire their first language (L1) effectively through print media, while their acquisition of the second language (L2) shows significant weaknesses, largely due to its limited use in daily communication.

Keywords:

Media cetak, pemerolehan bahasa, bahasa pertama (B1) dan bahasa kedua (B2), Teori Pelaziman Opeasi E.L Thorndike

Downloads

Published

29-07-2024

How to Cite

Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim, & Ahmad Shuib Yahaya. (2024). Media Cetak (Akhbar) sebagai Medium Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua Murid Lembam. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 5(1), 59–73. https://doi.org/10.58915/jcsi.v5i1.1093

Issue

Section

Articles