Perbandingan Kata Kerja dalam Dialek Melayu Kedah dengan Bahasa Melayu Standard

Authors

  • Zaliza Zubir

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan perbandingan kata kerja dalam dialek Melayu Kedah dengan Bahasa Melayu Standard dengan berfokuskan kepada apakah jenis-jenis kata kerja yang digunakan dalam dialek Langgar dan bagaimanakah cara menganalisis kata kerja dalam dialek Langgar. Pengkaji memfokuskan kajian ini di Langgar, satu daerah yang pesat membangun di Kedah. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti serta mengetahui perbezaan kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kedah yang difokuskan kepada dialek Melayu Kedah di Langgar yang berlokasi di Alor Ketar, Kedah dengan bahasa Melayu Standard berdasarkan kepada aspek-aspek linguistik seperti analisis sintaksis terhadap perkataan yang terdapat dalam dialek Melayu Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kata kerja yang digunakan dalam dialek Langgar dan menganalisis kata kerja dalam dialek Langgar menggunakan Kerangka Minimalis bahasa Melayu Standard. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual, iaitu menemu bual beberapa orang penduduk yang tinggal di Langgar. Dapatan kajian mendapati 15 perkataan kata kerja dalam dialek Melayu Kedah dan bahasa Melayu baku dipercayai boleh mendatangkan kekaburan bunyi kepada bukan penutur asli dialek Melayu Kedah, namun menetap di Langgar, Kedah. Melalui kajian ini, dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkataan atau kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kedah yang memiliki makna serta sebutan yang berbeza dengan bahasa Melayu Standard. Seterusnya, adalah untuk menghuraikan makna kata atau dalam dialek Melayu Kedah yang memiliki makna yang sedikit berbeza dengan makna dalam bahasa Melayu Standard.

Keywords:

Dialek Melayu Kedah, bahasa Melayu Standard, kata kerja

Downloads

Published

26-07-2024

How to Cite

Zaliza Zubir. (2024). Perbandingan Kata Kerja dalam Dialek Melayu Kedah dengan Bahasa Melayu Standard. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 3(2), 127–137. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1076

Issue

Section

Articles