Apraksia terhadap Penghidap Epilepsi melalui Analisis Neuropsikolinguistik
DOI:
https://doi.org/10.58915/jcsi.v6i1.814Abstract
Epilepsi adalah penyakit yang melibatkan masalah kepada neurologi manusia. Malah, epilepsi menyebabkan berlakunya halangan dalam komunikasi verbal ketika penghidap mengalami gangguan otak serta sistem saraf. Oleh itu, epilepsi juga dikaitkan sebagai penyebab berlakunya apraksia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ujaran penghidap epilepsi semasa berlaku kekejangan otot. Kemudian, membincangkan aspek apraksia yang berlaku kepada penghidap epilepsi. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis aspek neuropsikolinguistik penghidap epilepsi terhadap bahasa pertama. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Neurolinguistik Wernicke 1874 dalam perbincangan kajian ini. Hasil dapatan kajian memperlihatkan bahawa penghidap epilepsi mengalami masalah apraksia ketika berlakunya kekejangan otot dan sistem saraf otak. Malah, ujaran bahasa pertama mereka terhalang untuk diungkapkan dengan jelas dan lancar kerana berlakunya gangguan yang melibatkan saraf otak penghidap. Melalui dapatan juga jelas menunjukkan penghidap epilepsi mengalami halangan berbahasa kerana masalah neurologi melibatkan saraf otak mereka. Penghidap cenderung menggunakan suku kata pendek, dialek dan pengguguran konsonan serta vokal dalam perkataan. Tambahan lagi, sawan memberikan kesan kepada tingkah laku penghidap yang memberikan kesan kepada psikologi kerana berasa malu dan takut dengan keadaan yang berlaku. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan ruang untuk lanjutan bagi kajian akan datang melibatkan aspek apraksia kepada penghidap epilepsi.
Epilepsy is a neurological disorder that affects the human nervous system. It can hinder verbal communication when the patient experiences brain and nervous system disturbances. Epilepsy is also associated with apraxia, a motor speech disorder. This study aims to examine the speech of epilepsy patients during muscle seizures and discusses the aspects of apraxia that occur in these individuals. Additionally, the study analyzes the neuropsycholinguistic aspects of epilepsy patients' first language. The applied theory is Wernicke’s Neurolinguistic Theory (1874). The findings show that epilepsy patients experience apraxia during seizures, with impaired ability to express their first language clearly. Short syllables, dialectal shifts, and omissions of consonants and vowels were common in their speech. Furthermore, seizures impact behavior, causing psychological distress, including embarrassment and fear. This study hopes to open avenues for future research on apraxia in epilepsy patients.