Pengaruh Sosiokognitif Generasi Z Terhadap Jati Diri Bahasa Melayu

Authors

  • Siti Nurul Jannah Binti Fital
  • Junaini Binti Kasdan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) di Malaysia berdasarkan perspektif Sosiokognitif. Secara khususnya kajian ini adalah untuk melihat pengaruh sosiokognitif yang melatari Gen Z terhadap tahap jati diri bahasa Melayu mereka. Kajian ini melibatkan 660 orang responden daripada Gen Z, yang dipilih berdasarkan lokasi tempat tinggal bandar, pinggir bandar dan luar bandar di seluruh Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan dan diedar menggunakan ‘Google Form’ untuk pengumpulan data. Instrumen yang dibangunkan oleh pengkaji mempunyai tahap keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α=0.75 hingga α = 0.91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian menggunakan empat pemboleh ubah utama yang berfungsi sebagai latar sosial Gen Z iaitu jantina, kaum/etnik, aliran pendidikan dan lokasi kediaman. Tahap jati diri bahasa Melayu Gen Z diukur berdasarkan empat indikator iatu sikap, persepsi, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu mereka. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap, persepsi, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z yang mempunyai latar belakang sosial yang berbeza. Perbezaan ini seterusnya akan mewujudkan pula perbezaan tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan mereka.

Keywords:

Jati diri bahasa Melayu, Bahasa kebangsaan, Sosiokognitif, Kognisi, Generasi Z

Downloads

Published

18-07-2024

How to Cite

Siti Nurul Jannah Binti Fital, & Junaini Binti Kasdan. (2024). Pengaruh Sosiokognitif Generasi Z Terhadap Jati Diri Bahasa Melayu. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 2(2), 75–88. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1025

Issue

Section

Articles