Maritim Nusantara: Pembuktian Pantun Tradisional Melayu

Authors

  • Maulana Al-Fin Che Man
  • Nor Hashimah Jalaluddin
  • Junaini Kasdan

Abstract

Pantun dan masyarakat mempunyai hubungan yang begitu akrab. Pantun Melayu menyerlahkan pemikiran, pengalaman, emosi, harapan dan sentimen masyarakat Melayu. Keindahan pantun tersebut dapat dilihat melalui ciri-ciri dalamannya yang tepat, mengandungi pengertian, pemikiran dan falsafah yang keseluruhannya terkandung dalam sebuah ungkapan. Dalam ungkapan pantun yang terdiri daripada baris pembayang dan baris maksud, terdapat unsur alam seperti flora, fauna dan juga ilmu-ilmu yang dimiliki oleh masyarakat terdahulu untuk membentuk sebuah pantun. Kajian ini bertujuan meneliti kearifan orang Melayu dalam ilmu maritim yang terdapat dalam pantun tradisional Melayu dan membuktikan bahawa masyarakat Melayu merupakan masyarakat maritim yang unggul. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur maritim dalam pantun tradisional Melayu dan menghuraikan secara deskriptif pantun Melayu yang berunsurkan maritim. Kajian ini difokuskan kepada data pantun yang berunsurkan maritim dalam buku Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2013). Terdapat sebanyak 803 pantun yang berunsurkan maritim. Penganalisisan kajian difokuskan terhadap domain-domain maritim yang paling dominan dalam pantun Melayu, seperti geografi, pengangkutan air, flora dan fauna, barang dan makanan, serta orang. Selanjutnya, kajian ini akan mengkategorikan dan menghuraikan secara deskriptif pantun maritim yang terdapat dalam buku tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa maritim Nusantara dapat dibuktikan melalui pantun tradisional Melayu yang telah dikategorikan mengikut domain yang disenaraikan. Justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat mencungkil kehebatan masyarakat Melayu dalam ilmu kelautan atau ilmu maritim.

Keywords:

Ilmu maritim, Ilmu kelautan, Pantun melayu, Nusantara, Linguistik

Downloads

Published

18-07-2024

How to Cite

Maulana Al-Fin Che Man, Nor Hashimah Jalaluddin, & Junaini Kasdan. (2024). Maritim Nusantara: Pembuktian Pantun Tradisional Melayu. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 2(2), 155–167. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1033

Issue

Section

Articles