Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Terhadap Pembelajaran Peribahasa : Aplikasi Modul Rimba

Authors

  • Saliza Sahli
  • Norfaizah Abdul Jobar

DOI:

https://doi.org/10.58915/jcsi.v5i1.1094

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap dan minat murid Orang Asli terhadap topik Peribahasa Melayu menggunakan Modul Rimba. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti tahap sikap dan minat pembelajaran murid Orang Asli terhadap topik peribahasa menggunakan Modul Rimba serta menganalisis perhubungan sikap dan minat murid Orang Asli terhadap pembelajaran topik peribahasa menggunakan Modul Rimba. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dan kaedah kolerasi. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian sikap dan bahagian minat murid Orang Asli terhadap pembelajaran topik peribahasa Melayu menggunakan Modul Rimba. Seramai 59 orang murid Orang Asli daripada tiga buah sekolah rendah dari Kuala Langat telah dipilih sebagai sampel dengan menggunakan pensampelan intact group. Perisian SPSS versi 26.0 telah digunakan untuk menganalisis data deskriptif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai serta analisis data inferensi untuk mendapatkan nilai korelasi. Dapatan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan untuk tahap sikap murid Orang Asli adalah 4.00 manakala nilai min keseluruhan untuk tahap minat murid Orang Asli adalah 4.21 menunjukkan minat lebih positif daripada sikap murid Orang Asli terhadap pembelajaran topik Peribahasa Melayu menggunakan Modul Rimba. Nilai korelasi Pearson (r) adalah 0.785 menunjukkan hubungan yang kuat antara sikap dan minat murid Orang Asli terhadap pembelajaran topik Peribahasa Melayu menggunakan Modul Rimba. Implikasi kajian untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan sikap dan minat murid Orang Asli di Kuala Langat untuk mencari penyelesaian berkaitan dengan masalah pencapaian murid Orang Asli terhadap penguasaan Peribahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini memberi kesan kepada murid Orang Asli dalam menarik minat serta mencetuskan sikap yang positif dalam diri mereka untuk mencintai Peribahasa Melayu di dalam kelas di samping memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 

This study aims to identify the attitude and interest of Orang Asli students towards learning the topic of Malay Proverbs using the Rimba Module. The objective of this study is to identify the level of attitude and interest of Orang Asli students towards the topic of proverbs using the Rimba Module as well as to analyze the relationship between the attitude and interest of Orang Asli students towards the topic of proverbs using the Rimba Module. The design of this study is quantitative by using survey and correlation methods. The instrument used is a questionnaire that contains two parts, namely the attitude part and the interest part of Orang Asli students towards learning the topic of Malay proverbs using the Rimba Module. A total of 59 Orang Asli students from three primary schools from Kuala Langat were selected as a sample using intact group sampling. SPSS version 26.0 software was used to analyze descriptive data to obtain mean and standard deviation as well as inferential data analysis to obtain correlation values. The findings of the study show that the overall mean value for the level of attitude of Orang Asli students is 4.00 while the overall mean value for the level of interest of Orang Asli students is 4.21 indicating a more positive interest than the attitude of Orang Asli students towards learning the topic of Malay Proverbs using the Rimba Module. The Pearson correlation value (r) is 0.785 showing a strong relationship between the attitude and interest of Orang Asli students towards learning the topic of Malay Proverbs using the Rimba Module. Implications of the study to increase knowledge related to the attitude and interest of Orang Asli students in Kuala Langat to find solutions related to the problem of achievement of Orang Asli students in the mastery of Malay idioms. In conclusion, this study has an impact on the Orang Asli students in attracting interest and triggering a positive attitude in them to love Malay Proverbs in the classroom while upholding the Malay language as the national language.

Keywords:

Attitudes, interests, Malay Proverbs, Orang Asli students, Rimba Module, Perangai, Modul Rimba, pelajar Orang Asli

Downloads

Published

29-07-2024

How to Cite

Saliza Sahli, & Norfaizah Abdul Jobar. (2024). Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Terhadap Pembelajaran Peribahasa : Aplikasi Modul Rimba. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 5(1), 75–86. https://doi.org/10.58915/jcsi.v5i1.1094

Issue

Section

Articles