Analisis Persepsi Generasi Z Terhadap Bahasa Melayu Dari Perspektif Sosiokognitif

Authors

  • Siti Nurul Jannah Binti Fital
  • Junaini Binti Kasdan

Abstract

Revolusi Industri 4.0 (R14) yang lebih menekankan bidang Sains dan Teknologi serta keperluan menguasai bidang tersebut dalam bahasa Inggeris dilihat memberi kesan kepada persepsi Generasi Z (Gen Z) terhadap bahasa Melayu. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap persepsi terhadap bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z, iaitu generasi yang lahir dan membesar dalam era ini. Data diperoleh daripada 660 maklum balas responden yang diterima daripada soal selidik. Responden terdiri daripada Gen Z di seluruh Malaysia yang menerima undangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, meliputi kelompok bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Instrumen kajian yang dibangunkan khusus untuk kajian ini mempunyai tahap keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α = .75 hingga α = .91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian ini memanfaatkan Teori Sosiokognitif dan pendekatan sosiokognitif bagi menghuraikan pertalian antara latar sosial dengan tahap persepsi terhadap bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z. Secara umumnya hasil kajian mendapati bahawa 14.0% Gen Z mempunyai persepsi yang positif dan 13.0% berpersepsi sangat positif terhadap bahasa Melayu . Manakala sebanyak 56.0% Gen Z dalam kajian ini berpersepsi negatif dan sebanyak 17.0%, berpersepsi sangat negatif terhadap bahasa Melayu.

Keywords:

persepsi, jati diri, generasi Z, revolusi industri 4.0, sosiokognitif

Downloads

Published

24-07-2024

How to Cite

Siti Nurul Jannah Binti Fital, & Junaini Binti Kasdan. (2024). Analisis Persepsi Generasi Z Terhadap Bahasa Melayu Dari Perspektif Sosiokognitif. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 4(2), 169–181. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1061

Issue

Section

Articles