Citra Daya Tarikan Fizikal dalam Novel ‘Teen-lit’
Abstract
Secara umumnya, wanita kerap didedahkan dengan gagasan bahawa mereka yang cantik dan yang mempunyai daya tarikan fizikal (physical attractiveness) yang menarik dilihat sebagai lebih berpengaruh, berkuasa, berwibawa dan menjadi ikutan ramai. Gagasan ini diperkukuh dalam media, seperti televisyen, media bercetak dan media digital menerusi penampilan tokoh terkenal, pelakon, model dan selebriti. Internalisasi kecantikan daripada media sebegini bukan sahaja meninggalkan impak kepada wanita dewasa, malahan remaja muda juga turut terpengaruh dengan tuntutan untuk kelihatan menarik. Tumpuan terhadap kecantikan dan daya tarikan fizikal dapat dilihat dalam karya sastera remaja, khususnya genre ‘teen-lit’ yang diterbitkan dewasa ini. Makalah ini berhasrat untuk meneliti citra daya tarikan fizikal yang terdapat dalam novel ‘teen-lit’ yang diterbitkan selepas tahun 2010 untuk melihat sejauh mana pengarang novel kategori ini memaparkan kecantikan dan penampilan diri dalam karya mereka. Sebanyak tiga buah novel ‘teen-lit’ dianalisis secara tekstual untuk melihat penggunaan daya tarikan fizikal sebagai tema utama novel dan intervensi ketiga-tiga pengarang dalam merincikan aspek penjagaan tubuh badan dan penampilan diri. Kajian mendapati bahawa kesemua novel yang diteliti sarat dengan pelukisan daya tarikan fizikal, khususnya paras rupa dan saiz tubuh watak. Dua novel yang dianalisis memperlihatkan bahawa watak protagonis yang pada asalnya mempunyai masalah kegemukan akhirnya menurut kehendak masyarakat dengan mengurangkan berat badan mereka. Satu lagi novel pula memerihalkan keakuran watak utama untuk menghapuskan ‘kejelikan’ yang dimiliki. Campur tangan pengarang dalam menekankan aspek penampilan diri juga ketara apabila pengarang memuatkan narasi yang berinformasi tentang kepentingan penjagaan tubuh badan dan penampilan diri.
In general, women are often exposed to the notion that those who are beautiful and possess physical attractiveness are viewed as more influential, powerful, authoritative, and are often idolized. This notion is reinforced in the media, such as television, print media, and digital platforms, through the appearances of famous figures, actors, models, and celebrities. The internalization of beauty standards from such media not only impacts adult women but also influences young teenagers who feel the pressure to appear attractive. The focus on beauty and physical attractiveness is evident in young adult literature, particularly in the 'teen-lit' genre that has been published in recent years. This paper aims to examine the portrayal of physical attractiveness found in 'teen-lit' novels published after 2010 to see the extent to which authors in this category depict beauty and self-presentation in their works. Three 'teen-lit' novels are analyzed textually to investigate the use of physical attractiveness as a main theme and the interventions by the three authors in detailing aspects of body care and self-presentation. The study finds that all the novels examined are rich in descriptions of physical attractiveness, particularly the appearance and body size of the characters. Two of the analyzed novels show that the protagonists, who initially have weight issues, eventually conform to societal expectations by losing weight. Another novel describes the main character’s compliance to eliminate the 'ugliness' they possess. The authors’ intervention in emphasizing self-presentation is also evident as they include narratives that inform the importance of body care and self-presentation.