Celik AI Dalam Eksplorasi Sastera Nusantara: Menghubungkan Keupayaan Analitik dan Kefahaman Budaya

Authors

  • Mohd Azrizal Mohd Salleh UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
  • Ahmad Hifzurrahman Ridzuan
  • Jasin Abd Halim

DOI:

https://doi.org/10.58915/jcsi.v7i2.2674

Keywords:

Kecerdasan buatan, literasi AI, celik AI, penyelidikan susastera, Nusantara, kolaborasi manusia-AI, artificial intelligence, AI literacy, literary research, human-AI collaboration

Abstract

Kecerdasan buatan (AI), yang kian berkembang pesat dalam pelbagai bidang, telah membuka ruangan baharu dalam ranah kemanusiaan, termasuk dalam pendekatan terhadap kajian susastera dan warisan intelektual. Teknologi ini dapat membantu dalam kajian alam Nusantara yang kaya dengan warisan budaya dan kepelbagaian bahasa, di mana para penyelidik dapat menggunakan AI untuk meneroka dimensi baharu apabila mendalami teks-teks sastera Nusantara. Namun begitu, kekurangan kefahaman yang mendalam dan kemahiran asas berkaitan celik AI di kalangan penyelidik dan pendidik boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk memanafaatkan AI secara efektif dan beretika dalam kajian susastera. Kertas kerja ini mengariskan keperluan celik AI sebagai kemahiran asas dalam usaha memperkaya kajian dan pendidikan sastera Nusantara. Keupayaan AI dalam membantu kajian susastera merangkumi pelbagai aspek seperti menganalisa pola tematik yang tersembunyi, memahami struktur naratif yang kompleks, serta menelusuri lapisan makna bahasa juga akan dibincangkan. Kertas kerja ini juga akan meneliti potensi kolaborasi antara manusia dan AI sebagai pendekatan sokongan baharu bagi para penyelidik dalam memahami nuansa budaya dan aspek kemanusiaan dalam teks sastera. Kecelikan AI boleh dijadikan kunci penting dalam usaha mengembangkan pemahaman serta penghargaan terhadap kekayaan khazanah susastera. Dengan pendekatan yang beretika dan celik teknologi, kita bukan sahaja memperkasa penyelidikan sastera, malah memperkukuh akar budaya dan jati diri bangsa dalam arus kemodenan.

 

Artificial intelligence (AI), which is rapidly advancing across various fields, has opened new spaces within the humanities, including approaches to literary studies and intellectual heritage. This technology can support the study of the Nusantara region, which is rich in cultural heritage and linguistic diversity, where researchers may use AI to explore new dimensions when engaging with Nusantara literary texts. However, a lack of deep understanding and foundational skills related to AI literacy among researchers and educators may hinder their ability to utilise AI effectively and ethically in literary studies.

This paper outlines the need for AI literacy as a fundamental competency in efforts to enrich the study and teaching of Nusantara literature. The capabilities of AI in supporting literary research—such as analysing hidden thematic patterns, understanding complex narrative structures, and tracing layers of linguistic meaning—are also discussed. In addition, this paper examines the potential for human–AI collaboration as a new supportive approach for researchers in understanding cultural nuances and humanistic aspects within literary texts.

AI literacy can serve as a crucial key in expanding understanding and appreciation of the richness of literary heritage. Through an ethical and technologically informed approach, we not only empower literary research but also strengthen cultural roots and national identity in the face of modernity.

Downloads

Published

31-12-2025

How to Cite

Mohd Salleh, M. A., Ahmad Hifzurrahman Ridzuan, & Jasin Abd Halim. (2025). Celik AI Dalam Eksplorasi Sastera Nusantara: Menghubungkan Keupayaan Analitik dan Kefahaman Budaya. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 7(2), 31–41. https://doi.org/10.58915/jcsi.v7i2.2674

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.