Analisis Psikolonguistik Wanita di Luar Bandar Terhadap Kesedaran serta Pengetahuan Tentang Fibroid
DOI:
https://doi.org/10.58915/jcsi.v7i1.1504Abstract
Masalah kesihatan wanita seperti fibroid sering berlaku dan menjejaskan aspek emosi wanita yang mengalaminya. Oleh yang demikian, tahap kesedaran wanita terhadap masalah fibroid amat penting dalam meningkatkan kualiti kesihatan wanita di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengenal pasti sejauh mana pengetahuan wanita di luar bandar tentang fibroid. Kemudian, membincangkan kesan terhadap emosi wanita melalui aspek linguistik secara lisan dan bertulis. Seterusnya, mencadangkan langkah wanita dalam mengawal emosi dan meningkatkan pengetahuan tentang fibroid. Selian itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson dalam analisis data kajian. Keputusan kajian memperlihatkan bahawa wanita yang mengalami masalah fibroid cenderung memberikan fokus terhadap kesan jangka masa panjang dan aspek keintiman pasangan. Malah, masalah fibroid berupaya menggangu psikologi wanita dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, tahap pengetahuan yang mendalam tentang fibroid masih lagi berada pada tahap yang rendah di luar bandar. Oleh yang demikian, kesedaran tentang fibroid kepada wanita di luar bandar perlu ditingkatkan oleh pihak berwajib. Adalah diharapkan, kajian ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan serta kesedaran wanita tentang fibroid bagi membantu mereka memahami dengan terperinci tentang aspek rawatan, kesan dan alternatif untu membantu mengurangkan risiko buruk terhadap masalah fibroid yang dihidapi wanita.
Women’s health problems such as fibroids often occur and affect the emotional aspects of women who experience them. Therefore, the level of women’s awareness of fibroid problems is very important in improving the quality of women’s health in Malaysia. Therefore, this study was carried out the aim of identifying the extend of knowledge of women in rural areas about fibroids. Then, discuss the impact on women’s emotions through verbal and written linguistic aspects. Next, suggest women’s steps in controlling emotions and increasing knowledge about fibroids. In addition, this study applies Erik Erikson’s Theory of Psychosocial Development in the show that women who suffer of fibroid problems tend to focus on the long-term effects and aspects of partner intimacy. In fact, the problem of fibroids can interfere with the psychology of women in their daily lives. In addition, the level of in-depth knowledge about fibroids is still at low level in rural areas. Therefore, awareness about fibroids to women in rural areas needs to be increased by the authorities. It is hoped that this study can help increase women’s knowledge and awareness about fibroids to help them understand in detail about treatment aspects, effects and alternatives to help reduce the adverse risk of fibroid problems that women suffer this.