Financial Literacy as Human Capital: Driving Entrepreneurial Intent in Chinese Higher Education
DOI:
https://doi.org/10.58915/jcsi.v8i1.3313Keywords:
Entrepreneurial Intention, Financial Literacy, Human Capital Theory, Sequential Explanatory Design, Theory of Planned BehaviourAbstract
China’s innovation-driven economy relies heavily on university entrepreneurship, yet institutions face a frustrating reality on the ground: students show immense enthusiasm for startups, but this rarely converts into firm entrepreneurial intent. Why does this intention-action gap persist? We argue that existing models overlook a foundational structural element. Rather than treating financial literacy as a mere demographic footnote, this study reconceptualizes it as a highly specific, critical form of human capital. By synthesizing Human Capital Theory with the Theory of Planned Behaviour, we propose a novel "dual-conduit" framework to explain how raw financial capability actually drives intent. We posit that this transformation is not linear. Instead, it unfolds through two distinct mechanisms: a practical channel of risk mitigation (measured via saving behaviour) and a cognitive channel of resource mastery (captured through perceived behavioural control). Within this architecture, formal entrepreneurship education acts as an institutional capability multiplier, while subjective norms and entrepreneurial attitudes serve as contextual boundary conditions. To empirically test these pathways, we outline a sequential explanatory mixed-methods design. Quantitative data from a stratified sample of 400–500 Beijing university students will be analyzed using Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Subsequent reflexive thematic analysis of semi-structured interviews will provide necessary explanatory depth. By shifting the academic focus from external resource provision to internal capability building, this research offers higher education administrators actionable, evidence-based strategies to embed financial literacy directly into mainstream curricula, ultimately fostering sustainable venture creation.
Ekonomi China yang dipacu oleh inovasi meletakkan keusahawanan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Namun demikian, institusi pengajian tinggi masih berhadapan dengan jurang yang ketara antara minat dan niat keusahawanan, apabila ramai pelajar menunjukkan aspirasi yang tinggi terhadap keusahawanan tetapi kurang menterjemahkannya kepada niat keusahawanan yang kukuh. Berasaskan Teori Modal Insan (Human Capital Theory) dan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behaviour), bab konseptual ini mengkonseptualisasikan semula literasi kewangan sebagai satu bentuk modal insan yang kritikal dalam pembentukan niat keusahawanan, berbanding hanya dianggap sebagai faktor demografi atau kemahiran sokongan. Seterusnya, satu kerangka teori bersepadu dicadangkan bagi menjelaskan bagaimana literasi kewangan mempengaruhi niat keusahawanan melalui dua laluan utama, iaitu laluan tingkah laku yang diwakili oleh amalan simpanan sebagai indikator kesediaan kewangan dan pengurusan risiko, serta laluan kognitif yang diwakili oleh kawalan tingkah laku yang ditanggap (perceived behavioural control), yang mencerminkan keyakinan individu terhadap keupayaan keusahawanan mereka. Kerangka ini turut meletakkan pendidikan keusahawanan sebagai mekanisme institusi yang mengukuhkan hubungan tersebut, manakala sikap keusahawanan dan norma subjektif bertindak sebagai faktor kontekstual yang mempengaruhi pembentukan niat keusahawanan. Bagi membolehkan pengesahan empirikal pada masa hadapan, kajian ini mencadangkan reka bentuk penyelidikan kaedah campuran penjelasan berjujukan (sequential explanatory mixed-methods). Data kuantitatif daripada 400–500 pelajar universiti di Beijing akan dianalisis menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM), diikuti dengan temu bual separa berstruktur yang dianalisis melalui Analisis Tematik Reflektif. Kerangka yang dicadangkan menyumbang kepada pengukuhan teori serta menyediakan panduan praktikal untuk mengintegrasikan literasi kewangan dalam kurikulum keusahawanan bagi meningkatkan kesediaan dan kelestarian usaha niaga pelajar.


