Kepentingan Literasi Maklumat dan Media (MIL), Kesediaan Digital dan Keselamatan Siber terhadap Kesejahteraan Digital Belia

Authors

  • Abdul Rahman Abdul Manaf
  • Mohammad Rezal Hamzah
  • Habee Bullah Affandy

DOI:

https://doi.org/10.58915/jcsi.v6i1.1107

Abstract

Perkembangan teknologi dan transformasi digital memberikan impak yang signifikan kepada kehidupan belia pada masa kini. Oleh itu, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menjayakan perubahan tersebut menerusi pemerkasaan literasi maklumat dan media (MIL), kesediaan digital, dan keselamatan siber terhadap golongan belia. Tindakan ini bagi memastikan amalan digital mereka berdaya tahan dalam persekitaran digital yang semakin mencabar. Kecekapan-kecekapan ini penting untuk membantu para belia menjadi pengguna yang kritis dan beretika, sekaligus mencipta kesejahteraan digital yang holistik dalam pelbagai aspek seperti kerjaya, keusahawanan, sosial, ekonomi, mental, dan psikologi. Demikianlah, betapa pentingnya setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam menyumbang kepada kesejahteraan digital melalui aktiviti yang dilakukan dalam talian secara bersepadu dan holistik. Tambahan pula, penguasaan pengetahuan dan kecekapan berkaitan digital menjadi tunjang kepada pemerkasaan kecerdasan digital (DQ) dan membentuk kesiapsiagaan kemahiran masa depan dalam kalangan belia.

 

The development of technology and digital transformation has a significant impact on the lives of today’s youth. Various initiatives have been implemented to facilitate this change through the empowerment of media and information literacy (MIL), digital readiness, and cybersecurity for young people. These actions aim to ensure that their digital practices are resilient in an increasingly challenging digital environment. Such competencies are essential in helping youth become critical and ethical users, thereby creating a holistic digital well-being across various aspects, including careers, entrepreneurship, social interactions, economic stability, and mental and psychological health. Therefore, it is crucial for every individual to take responsibility for contributing to digital well-being through integrated and holistic online activities. Furthermore, mastering digital knowledge and skills is fundamental to empowering digital intelligence (DQ) and developing future skill readiness among youth.

Keywords:

Literasi Maklumat Dan Media (MIL), Kesediaan Digital, Keselamatan Siber, Kesejahteraan Digital, Belia

Downloads

Published

30-07-2024

How to Cite

Abdul Rahman Abdul Manaf, Mohammad Rezal Hamzah, & Habee Bullah Affandy. (2024). Kepentingan Literasi Maklumat dan Media (MIL), Kesediaan Digital dan Keselamatan Siber terhadap Kesejahteraan Digital Belia. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 6(1), 95–105. https://doi.org/10.58915/jcsi.v6i1.1107

Issue

Section

Articles