Driving the Adoption of TPC-OHCIS in Perlis: An Integrated UTAUT and DOI Analysis of Healthcare Staff Acceptance
Keywords:
TPC-OHCIS, Healthcare Staff Acceptance, UTAUT, DOIAbstract
System acceptance is crucial to improve the quality, efficiency, and continuity of primary healthcare services through the integration of digital health systems into practice in Malaysia. Objective This study investigates the antecedents of healthcare staff acceptance toward the Teleprimary Care–Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) using a combination of the Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) framework and the Diffusion of Innovation (DOI) framework in Perlis. Data was collected from 225 health care professionals of eight government clinics using purposive sampling and analyzed by multiple regression of SPSS in a quantitative cross-sectional design. Results: The final integrated model accounted for 70.9% of the variance in behavioral intention. Importantly, the acceptance in this context was not significantly affected by Performance Expectancy and Effort Expectancy, pointing to peer support and experiential use as more pronounced determinants of acceptance than perceived ease of use or job-performance gain. These findings have practical implications that may help policymakers and caretakers reflex adequate prioritization of social reinforcement and experiential learning mechanisms, leading to sustained utilization of digital health systems in Malaysian primary care settings.
Penerimaan sistem merupakan faktor penting dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan kelangsungan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer melalui integrasi sistem kesihatan digital ke dalam amalan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan kakitangan penjagaan kesihatan terhadap Teleprimary Care–Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) dengan menggabungkan kerangka Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan Diffusion of Innovation (DOI) di negeri Perlis. Data dikumpulkan daripada 225 orang profesional penjagaan kesihatan di lapan buah klinik kerajaan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan dianalisis menggunakan regresi berganda melalui perisian SPSS dalam reka bentuk kajian kuantitatif keratan rentas. Hasil kajian menunjukkan bahawa model bersepadu yang dibangunkan berjaya menerangkan sebanyak 70.9% varians dalam niat tingkah laku untuk menggunakan sistem tersebut. Yang penting, penerimaan sistem dalam konteks ini tidak dipengaruhi secara signifikan oleh Jangkaan Prestasi (Performance Expectancy) dan Jangkaan Usaha (Effort Expectancy). Sebaliknya, sokongan rakan sekerja serta pengalaman menggunakan sistem didapati menjadi penentu yang lebih dominan berbanding persepsi terhadap kemudahan penggunaan atau peningkatan prestasi kerja. Dapatan ini mempunyai implikasi praktikal yang dapat membantu pembuat dasar dan penyedia perkhidmatan kesihatan dalam memberi keutamaan kepada mekanisme pengukuhan sosial dan pembelajaran berasaskan pengalaman, sekali gus menyokong penggunaan berterusan sistem kesihatan digital dalam persekitaran penjagaan kesihatan primer di Malaysia.


