Integrasi TPACK-CoI Dalam Pembelajaran Teradun: Impak Terhadap Kualiti Penulisan Esei STPM
DOI:
https://doi.org/10.58915/jcsi.v8i1.2875Keywords:
Literasi Maklumat Dan Media (MIL), Kesediaan Digital, Keselamatan Siber, Kesejahteraan Digital, Belia.Abstract
Kesusasteraan Melayu Komunikatif menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan digital. Kajian ini dijalankan untuk menambah baik amalan guru dalam memperkasa kemahiran menulis esei pelajar Tingkatan Enam melalui projek digital berasaskan Technological Pedagogical Content Knowledge dan Community of Inquiry (Mishra & Koehler, 2006). Masalah yang dikenal pasti ialah pelajar menghadapi kesukaran mengolah fakta, menghuraikan isi, dan menulis esei yang tersusun. Objektif kajian ini untuk meningkatkan keupayaan pelajar menghuraikan kesan nilai keagamaan dalam konteks pembangunan insan, mengaplikasikan nilai agama dalam kehidupan seharian, serta menulis esei yang gramatis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan model Zuber-Skerritt (1995). Seramai sepuluh pelajar Tingkatan Enam dipilih sebagai peserta. Instrumen kajian ialah temu bual, pemerhatian, catatan refleksi, dan ujian. Data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tema dan data kuantitatif dianalisis secara deskriptif. Dapatan gelung pertama menunjukkan keupayaan pelajar menulis esei secara kritis, membuat keputusan, dan memberi justifikasi. Dapatan kuantitatif menunjukkan peningkatan skor purata daripada 36.7% kepada 62.6%. Gelung kedua memperlihatkan projek digital mencetuskan strategi pedagogi kolaboratif yang meningkatkan keterlibatan pelajar. Gelung ketiga pula membuktikan pelajar berjaya menguasai nilai keagamaan melalui pelaksanaan tugasan. Isu tatabahasa, literasi digital dan capaian internet kekal sebagai cabaran. Keseluruhan, integrasi TPACK dan CoI bukan sahaja memperkasa kemahiran menulis tetapi juga menyumbang kepada penambahbaikan amalan guru dalam konteks pembelajaran teradun.
Communicative Malay Literature emphasises digitally oriented teaching and learning. This study aims to improve Form Six students’ essay writing skills and teachers’ practices through the integration of TPACK-CoI. Ten students participated in this mixed-methods action research. Data were collected through interviews, observations, reflective notes, and tests, and analysed thematically and descriptively. Findings showed improvements in students’ critical writing, decision-making, justification, and understanding of religious values. The mean score increased from 36.7% to 62.6%, while digital projects enhanced student engagement and collaborative learning. However, grammar, digital literacy, and internet accessibility remained challenges. Overall, TPACK-CoI integration improved essay writing skills and supported teachers’ practices in blended learning.


