Pembangunaan Insan Berteraskan Falsafah Sejahtera
DOI:
https://doi.org/10.58915/jcsi.v7i2.2721Keywords:
Pembangunan insan, Falsafah Sejahtera, Falsafah Pendidikan KebangsaanAbstract
Kertas kerja ini bertujuan meneliti konsep pembangunan insan berteraskan falsafah sejahtera. Keseimbangan daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan etika perlu diberi perhatian kerana aspek-aspek ini penting dalam membangunkan insan yang sejahtera. Pendekatan pembangunan insan masa kini dilihat lebih menekankan dimensi material dan ekonomi berbanding pembentukan sahsiah serta kesejahteraan holistik. Hal ini akan menimbulkan pelbagai cabaran dalam membangunkan insan teutamanya berkait dengan isu sosial, etika dan moral. Sehubungan itu, kajian ini ingin mengenal pasti elemen-elemen utama falsafah sejahtera serta menilai sejauh mana falsafah ini dapat diaplikasikan dalam usaha memperkukuh pembangunan insan yang seimbang dan sejahtera. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Data dianalisis secara tematik berkenaan elemen-elemen utama dalam falsafah sejahtera dan cabaran dalam membangunkan insan sejahtera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseimbangan antara jasmani, emosi, rohani, intelek, dan etika yang terkandung dalam falsafah sejahtera sangat penting dalam membangunkan insan.
This paper aims to examine the concept of human development based on the philosophy of well-being. Balance in the physical, emotional, spiritual, intellectual, and ethical dimensions needs to be emphasised, as these aspects are essential in developing well-rounded and prosperous individuals. Current approaches to human development tend to place greater emphasis on material and economic dimensions than on character development and holistic well-being. This situation poses various challenges to human development, particularly in relation to social, ethical, and moral issues. Therefore, this study aims to identify the key elements of the philosophy of well-being and assess the extent to which this philosophy can be applied to strengthen balanced and holistic human development. This study employs a qualitative approach using content analysis. The data were analysed thematically based on the key elements of the philosophy of well-being and the challenges in developing well-rounded individuals. The findings indicate that balance among the physical, emotional, spiritual, intellectual, and ethical dimensions embedded in the philosophy of well-being is crucial for human development.


