Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Authors

  • Ummi Noor Nazahiah Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.58915/mjer.v8.2026.3272

Keywords:

Bahasa, Beban kognitif, Ergonomik kognitif, Kejuruteraan Mekanikal, Linguistik, Keywords: Language, Cognitive Load, Cognitive Ergonomics, Mechanical Engineering, Linguistics.

Abstract

English: This study aims to explore the level of language-use comfort among Mechanical Engineering students and to examine its relationship with the principles of cognitive ergonomics. The objectives of the study are to identify patterns of language practices across various domestic and academic environments and to analyse the dependence of such linguistic patterns on information-processing efficiency and cognitive load management. Using a quantitative case study design, data were collected through a structured questionnaire administered to 15 respondents. The data were analysed descriptively using frequency, percentage, and mode, and inferentially using Spearman’s rank correlation test. The findings indicate that Malay predominantly dominates social communication and home-based interactions (80.0%–93.3%), functioning as the default cognitive pathway. In contrast, a marked shift occurs in academic materials, where English (46.7%) and bilingual usage (40.0%) emerge as the primary preferences. Spearman’s analysis revealed no significant correlations across the language-use modes, indicating the presence of cognitive compartmentalization shaped by environmental cues. The significance of this study lies in its provision of empirical evidence for the development of cognitively friendly engineering pedagogies, thereby supporting institutions in structuring lecture-delivery strategies to optimize students’ mental workload and cognitive efficiency.

Bahasa Melayu: Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap keselesaan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar Kejuruteraan Mekanikal serta menilai perkaitannya dengan prinsip ergonomik kognitif. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti corak praktis bahasa merentasi pelbagai persekitaran domestik dan akademik, serta menganalisis kebersandaran linguistik tersebut terhadap kecekapan pemprosesan maklumat dan pengurusan beban kognitif. Menggunakan reka bentuk kuantitatif kajian kes, data dikumpul menerusi soal selidik berstruktur yang ditadbir kepada 15 orang responden. Data dianalisis secara deskriptif (kekerapan, peratusan, mod) dan inferens melalui ujian korelasi pangkat Spearman. Keputusan menunjukkan Bahasa Melayu mendominasi komunikasi sosial dan interaksi di rumah (80.0%–93.3%) sebagai laluan kognitif lalai. Sebaliknya, peralihan radikal berlaku bagi bahan akademik di mana Bahasa Inggeris (46.7%) dan dwibahasa (40.0%) menjadi pilihan utama. Analisis Spearman mendedahkan ketiadaan korelasi signifikan merentas mod, membuktikan wujudnya pengotakan kognitif (cognitive compartmentalization) yang bersandarkan isyarat persekitaran. Kepentingan kajian ini terletak pada penawarannya terhadap asas empirikal bagi mereka bentuk pedagogi kejuruteraan yang mesra kognitif, sekali gus membantu institusi menstrukturkan strategi penyampaian kuliah demi mengoptimumkan beban mental dan kecekapan kognitif pelajar.

Downloads

Published

30-06-2026

How to Cite

Abdullah, U. N. N. . (2026). Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr), 8(1), 75–82. https://doi.org/10.58915/mjer.v8.2026.3272

Issue

Section

Articles