Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Authors

  • Ummi Noor Nazahiah Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.58915/mjer.v8.2026.3272

Keywords:

Bahasa, Beban kognitif, Ergonomik kognitif, Kejuruteraan Mekanikal, Linguistik

Abstract

Kajian kes ini dijalankan untuk meneroka tahap keselesaan pilihan bahasa dalam kalangan 15 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaysia Perlis serta menilai perkaitannya dengan prinsip ergonomik kognitif berdasarkan model Pemprosesan Maklumat Manusia (PMM). Pendekatan kuantitatif dengan persampelan bertujuan digunakan dan data dikumpul melalui borang soal selidik berstruktur yang mengukur amalan bahasa merentasi lima konteks persekitaran, lalu dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan Pekali Korelasi Pearson (r). Hasil kajian mendapati bahasa Melayu mendominasi interaksi sosial lisan dengan pemindahan linear yang stabil dari rumah ke universiti (r = 0.53), yang berfungsi mengaktifkan skema sedia ada bagi mengurangkan beban kerja mental. Sebaliknya, peralihan kod secara drastik kepada bahasa Inggeris dikesan dalam mod bacaan bahan akademik (r = 0.00) demi memetakan istilah teknikal secara terus tanpa penterjemahan sekunder. Di dalam bilik kuliah, pelajar mengadaptasi pendekatan dwibahasa secara luwes bagi mengimbangi keselesaan afektif dan ketepatan saintifik. Kesimpulannya, medium yang paling ergonomik buat pelajar bukanlah bahasa tunggal, melainkan kebebasan kognitif untuk mengadun bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara dinamik sebagai strategi pengurusan beban kognitif luaran bagi mengoptimumkan kapasiti memori kerja dalam penyelesaian masalah kejuruteraan yang kompleks.

Downloads

Published

30-06-2026

How to Cite

Abdullah, U. N. N. . (2026). Kajian Kes Ergonomik Kognitif-Linguistik:Pilihan Bahasa dan Kecekapan Mental Pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Malaysian Journal of Ergonomics (MJEr), 8(1), 75–81. https://doi.org/10.58915/mjer.v8.2026.3272

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.