PEMBANGUNAN MODEL PERSONALITI UNGGUL PESALAH JUVANA (MPUPJ)

Authors

  • Shuhairimi Abdullah
  • Nur Suriaty Daud @ Fhiri
  • Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob
  • Noor Salwani Hussin
  • Mohd Soffian Mohammad Rosbi
  • Abdul Jalil Ramli
  • Adi Anuar Azmin
  • Wan Sallha Yusoff
  • Jasin Abd Halim

DOI:

https://doi.org/10.58915/johdec.v12.2023.642

Abstract

Kesalahan jenayah dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah sosial yang sangat membimbangkan. Secara umumnya, masalah kanak-kanak berkonflik dengan undang-undang atau terlibat dengan kesalahan jenayah adalah isu sejagat kerana ianya berlaku di semua negara di dunia. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis definisi jenayah dan jenayah juvana di Malaysia. Pada masa yang sama, artikel ini juga memfokuskan kepada jenayah juvana yang berlaku di negeri Perlis. Di samping itu, artikel ini turut mengenalpasti hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak yang melakukan jenayah. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan berkenaan faktor yang mendorong pesalah untuk berubah dan boleh mengubah pesalah juvana lain menjadi lebih baik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu penganalisisan data. Selain itu, kertas kerja ini juga membangunkan model personaliti unggul pesalah juvana. Model ini adalah penambahbaikan penambahbaikan kepada modul program pemulihan pesalah juvana sedia ada.

Crime among children is a highly concerning social issue. Generally, the problem of children conflicting with the law or being involved in criminal activities is a global issue as it occurs in every country around the world. In line with this, the main objective of this article is to analyze the definition of crime and juvenile delinquency in Malaysia. At the same time, the article also focuses on juvenile crimes occurring in the state of Perlis. Additionally, this article identifies the punishments imposed on children who commit crimes. The article finds that there are discrepancies regarding the factors that drive offenders to change and can transform other juvenile offenders for the better. The methodology used in this study is quantitative study which involves analyzing data. Furthermore, this paper also develops a model of the superior personality of juvenile offenders. This model is an enhancement to the existing juvenile offender rehabilitation program modules.

Keywords:

Kanak-kanak, Jenayah juvana,, Hukuman, Pendidikan, Model personaliti unggul

Downloads

Published

01-04-2024

How to Cite

Shuhairimi Abdullah, Nur Suriaty Daud @ Fhiri, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Noor Salwani Hussin, Mohd Soffian Mohammad Rosbi, Abdul Jalil Ramli, Adi Anuar Azmin, Wan Sallha Yusoff, & Jasin Abd Halim. (2024). PEMBANGUNAN MODEL PERSONALITI UNGGUL PESALAH JUVANA (MPUPJ). Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 12, 134–143. https://doi.org/10.58915/johdec.v12.2023.642

Issue

Section

Articles