REPRESENTASI BUDAYA DAN IDENTITI DALAM MUZIK VIDEO LALISA

Authors

  • Nazra Aliff Nazri
  • Faiz Masnan
  • Fauziah Ismail
  • Siti Balkis MKM Mohamed Ibrahim
  • Husna Hazwani Binti Zakaria

DOI:

https://doi.org/10.58915/johdec.v12.2023.636

Abstract

Pada masa kini, pengaruh Hallyu ataupun gelombang Korea masih tetap dirasai oleh masyarakat dunia. Ini dapat dibuktikan apabila muzik popular Korea yang dihasilkan oleh ramai penyanyi di Korea telah terbukti berjaya menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara contoh kejayaan adalah menerusi Lisa daripada anggota kumpulan ‘Blackpink’ yang telah mencetuskan fenomena pada tahun 2021 apabila muzik video ‘Lalisa’ telah dinobatkan sebagai muzik video yang mendapat tontonan paling tinggi dalam masa 24 jam di dunia. Oleh itu, dengan menggunakan sampel terhadap muzik video ‘Lalisa’, kajian ini ingin melihat apakah representasi identiti dan budaya yang telah dipaparkan Lisa dalam muzik video ini dengan menggunakan landasan Teori Norma Budaya daripada Melvin De Fleur (1970). Kajian ini juga telah menggunakan kaedah kualitatif analisis tekstual dan mendapati bahawa, walaupun Lisa merupakan penyanyi yang telah menempa nama di Korea Selatan dan dikenali seluruh dunia, namun identiti dan budaya asalnya sebagai anak kelahiran Thailand tetap dikekalkan dan dipromosikan kepada dunia melalui muzik video ini. Ini sekaligus membuktikan bahawa Lisa bukan sahaja seorang penyanyi yang mempunyai nilai patriotism yang tinggi malah juga mempamerkan imej yang amat baik dengan tidak melupakan asal usul beliau.

Nowadays, the influence of Hallyu or the Korean wave is still felt by a lot of people around the world. This can be proven when Korean popular music produced many singers that has successfully forged a name up to the international level such as Lisa from the group 'Blackpink'. Lisa has created a phenomenon in 2021 when her music video ' Lalisa' has been crowned as the world most viewed music video in 24 hours. Therefore, by using a sample of the music video 'Lalisa', this study wants to see what is the representation and cultural identity that has been displayed by Lisa in this music video by using Cultural Norm Theory from Melvin De Fleur (1970). This study has also used qualitative methods which is textual analysis and the results of the study found that, although Lisa is a singer who started her fame in South Korea and also known around the world, her original identity as well as her culture as an individual who was born in Thailand is still remained and promoted to the world through this music video. This proves that Lisa is not only a singer who has high patriotism values but also displays a very good image as an artist by not forgetting her origins.

Keywords:

Representasi, Identiti, Analisis Tekstual, Budaya, Muzik

Downloads

Published

01-04-2024

How to Cite

Nazra Aliff Nazri, Faiz Masnan, Fauziah Ismail, Siti Balkis MKM Mohamed Ibrahim, & Husna Hazwani Binti Zakaria. (2024). REPRESENTASI BUDAYA DAN IDENTITI DALAM MUZIK VIDEO LALISA. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 12, 69–80. https://doi.org/10.58915/johdec.v12.2023.636

Issue

Section

Articles