Tekanan dalam Keluarga: Faktor-faktor, Kesan dan Strategi Daya Tindak Menangani Tekanan
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan tekanan melalui perspektif keluarga yang merangkumi definisi tekanan keluarga, faktor-faktor dan strategi daya tindak. Keluarga merupakan satu unit yang berkongsi pengalaman, isu dan cabaran hidup yang sama, maka tekanan yang wujud dikongsi bersama oleh ahli keluarga. Tekanan keluarga merujuk kepada ketidakseimbangan di antara tuntutan dan kemampuan keluarga untuk memenuhi tuntutan tersebut. Setiap unit keluarga mempunyai pengalaman dan pemahaman yang berbeza berkaitan strategi daya tindak dan kaedah pengurusan tekanan. Terdapat beberapa faktor tekanan dalam keluarga seperti konflik perhubungan, masalah kewangan, masalah kerjaya, masalah penjagaan anak, campur tangan pihak ketiga dan lain-lain. Tekanan yang berlaku dalam keluarga memberi kesan yang negatif kepada emosi, psikologi dan mental ahli keluarga. Kesan-kesan lain seperti masalah sosial, hubungan keluarga yang tidak berkualiti dan perkembangan psikologi kanak-kanak yang terganggu. Oleh itu, strategi daya tindak yang positif diperlukan bagi menangani tekanan keluarga dengan lebih baik. Terdapat beberapa kaedah strategi daya tindak yang berkesan seperti komunikasi keluarga yang positif, sokongan sosial dan kawalan diri yang baik. Setiap keluarga perlu mempraktikkan stategi daya tindak yang berkesan supaya tekanan keluarga dapat diatasi dengan lebih baik. Seterusnya, membantu keluarga membina hubungan yang lebih berkualiti.
This paper discusses stress from family’s perspective that includes the definition of family stress, stress factors and coping strategies. Family is a unit that shares the same experiences, issues and challenges of life. Thus, stress that exists is shared together among the family members. Family stress refers to the imbalance between the demands and the ability of the family to meet the demands. Each family unit has different experiences and understanding of the coping strategies and ways of managing the stress. There are several factors in family stress such as relationship conflicts, financial problems, career problems, child care problems, third party interference and others. The stress in the family has a negative impact on emotional, psychological and mental among the family members. There were other effects such as social problems, poor family relationships and disturbance in child psychological developments. Therefore, a positive coping strategy is needed to deal with family stress in a better way. There are several effective strategies that can help such as positive communication among family members, social support and self-control. Each family should practice effective coping strategies so that family stress can be managed in a better way. Furthermore it helps families to build better relationships among them.