Amalan Pengurusan Pengetahuan dalam kalangan Guru-guru di Utara Semenanjung Malaysia

Authors

  • Ahmad Zamri Khairani
  • Nor Hashimah Hashim
  • Zainuddin Mohd Isa

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengurusan pengetahuan dalam kalangan para guru. Seramai 629 orang guru dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijadikan sampel untuk kajian ini. Secara lebih spesifik lagi, objektif kajian ini ialah untuk perbezaan dalam amalan pengurusan pengetahuan mengikut jantina dan pengalaman mengajar. Respon diperolehi daripada instrumen yang terdiri daripada 27 item yang mengukur lima dimensi pengurusan pengetahuan, iaitu pemerolehan pengetahuan, pendokumentasian pengetahuan, perkongsian pengetahuan, penciptaan pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan. Perbezaan amalan pengurusan pengetahuan dikenal pasti melalui ujian t sampel bebas dan ANOVA satu hala. Dapatan menunjukkan bahawa amalan pengurusan pengetahuan guru adalah pada tahap tinggi dengan guru menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam amalan pendokumentasian pengetahuan, sebaliknya berbanding guru kurang berkebolehan dalam amalan pengaplikasian pengetahuan. Dapatan juga menunjukkan terdapat min skor yang berbeza secara signifikan di antara guru lelaki dan guru perempuan dari semua aspek kecuali pemerolehan pengetahuan. Hasil analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman guru dalam dimensi pemerolehan dan pengaplikasian pengetahuan. Berdasarkan dapatan kajian ini adalah dicadangkan bahawa sebarang bentuk aktiviti perkembangan professional seperti LADAP yang dijalankan di sekolah perlu mengambil kira faktor jantina dan pengalaman mengajar guru agar pengetahuan yang ingin disampaikan dapat diterima secara optimum oleh para guru.

 

This study aims to examine the knowledge management practices among teachers. A total of 629 teachers from Perlis, Kedah, Penang and Perak are the sample for this study. Specifically, the objective of this study is to see the differences in knowledge management practices between gender and teaching experience. The response is derived from an instrument comprising 27 items that measure the five dimensions of knowledge management, namely knowledge acquisition, knowledge documentation, knowledge sharing, knowledge creation and knowledge applying. The difference in knowledge management practices was identified through independent sample t test and one-way ANOVA. Findings show the practice of teacher knowledge management is at a high level with teachers demonstrating high abilities in the practice of knowledge documentation. On the other hand, teachers are less capable of applying knowledge. The findings also show that there are significantly different mean scores between male and female teachers in all aspects except the acquisition of knowledge. The results of the analysis also showed that there were significant differences based on teacher experience in acquisition dimensions and knowledge applying. Based on the findings of this study, it is recommended that any form of professional development activities such as LADAP conducted in schools should take gender and teaching experiences element into account so that the knowledge they want to deliver is optimally accepted by teachers.

Keywords:

Amalan Pengurusan, Pengaplikasian Pengetahuan, Perkembangan Profesional, Management Practice, Knowledge Applying, Professional Development

Downloads

Published

11-03-2025

How to Cite

Ahmad Zamri Khairani, Nor Hashimah Hashim, & Zainuddin Mohd Isa. (2025). Amalan Pengurusan Pengetahuan dalam kalangan Guru-guru di Utara Semenanjung Malaysia. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 7, 127–134. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1890

Issue

Section

Articles