Laman Sesawang Interaktif: Platform Pencarian Taska Berlesen

Authors

  • Nur Annisa Ardini Anor
  • Wan Nor Ashiqin Wan Ali
  • Nur Azila Azahari

Abstract

Laman sesawang interaktif dibangunkan untuk dijadikan sebagai platform pencarian taska berlesen yang ada di kawasan Perlis bagi membantu golongan ibu bapa yang sibuk bekerja dan memerlukan pengasuh yang bertauliah dan taska yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap dan mencukupi. Selain itu, masa dan tenaga serta kos dapat dikurangkan kerana ibu bapa hanya perlu mencari secara atas talian tanpa perlu berasa ragu akan kredibiliti taska tersebut. Pembangunan laman sesawang interaktif ini menggunakan aplikasi yang dipanggil Wix, iaitu sebuah aplikasi untuk membangunkan perisian sistem seperti membangunkan laman sesawang dan juga laman sesawang interaktif. Uji lari yang dijalankan ke atas laman sesawang interaktif ini setelah fungsi utamanya boleh beroperasi adalah uji lari Alpha dan juga uji lari Beta. Dua orang pakar multimedia dijadikan sebagai responden kepada uji lari Alpha, manakala seramai 30 orang responden bagi uji lari Beta. Berdasarkan hasil kajian yang didapati, kebanyakan responden memberi respon yang positif dan memberi komen serta cadangan yang boleh dilakukan untuk menambahbaik laman sesawang interaktif yang sedia ada dengan fungsi-fungsi yang lain.

Keywords:

Laman Sesawang Interaktif, Wix, Taska, Uji Lari

Downloads

Published

11-03-2025

How to Cite

Nur Annisa Ardini Anor, Wan Nor Ashiqin Wan Ali, & Nur Azila Azahari. (2025). Laman Sesawang Interaktif: Platform Pencarian Taska Berlesen. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 8, 153–168. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1814

Issue

Section

Articles