Fenomena Pusing Ganti Kerja: Faktor Luaran yang Mempengaruhi Pekerja Meninggalkan Organisasi

Authors

  • Azimah Ninggal
  • Ishak Haji Abd Rahman

Abstract

The phenomenon of turnover in employees is among the critical issues to organizations. The greatest challenge is when there is an increasing number of personel leaving the organization. Turnover intention is the process or attitude of an employee to consider leaving the current job, and to find alternative employment opportunities in other organizations or companies. The phenomenon of turnover among pilots in the Air Operations Force (PGU), Royal Malaysia Police who left their service for commercial companies occurs every year. Data obtained from the General Police Division, PGU showed that a total of 31 pilots had completed their service in early 2010 to 2020. This research was conducted to identify the factors that cause certain factors that influence the occurrence of turnover phenomenon in PGU pilots. The researcher used qualitative methods in testing, analyzing the data. Field studies were conducted at the Air Operations Force Police Headquarters, Bukit Aman and Peninsular PGU Base, Subang. The results of the study have shown a few factors such as high salary offers from commercial airlines wider career development and personel satisfaction to be factors for employees to leave the organization. These findings are expected to help organizations to identify and take the necessary steps to curb the outflow of valuable employees. This study is expected to be used to help organizations create more effective strategies to curb the workforce.

 

Fenomena pusing ganti di kalangan pekerja adalah antara isu kritikal yang sangat membimbangkan organisasi. Cabaran tersebut akan menjadi bertambah getir apabila sumber tenaga manusia yang meninggalkan organisasi itu adalah pekerja yang sukar diperolehi dan melibatkan kemahiran yang sangat spesifik. Fenomena pusing ganti dikalangan juruterbang dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia yang menamatkan perkhidmatan untuk menyertai syarikat-syarikat penerbangan komersil berlaku saban tahun. Data yang diperolehi daripada Bahagian Kepolisan Am, PGU menunjukkan seramai 31 orang juruterbang telah menamatkan perkhidmatan bermula tahun 2010 sehingga tahun 2020. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab khususnya faktor dalaman yang mendorong berlakunya fenomena pusing ganti di kalangan juruterbang PGU. Kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif yang mengumpulkan data primer dan data sekunder. Kajian lapangan telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman dan Pangkalan PGU Semenanjung, Subang. Hasil kajian mendapati faktor luaran seperti tawaran gaji yang tinggi dari syarikat penerbangan komersil, laluan kerjaya yang lebih luas serta faktor kepuasan diri menjadi faktor tarikan pekerja untuk meninggalkan organisasi. Penemuan ini diharapkan akan dapat membantu organisasi untuk mengenalpasti dan mengambil langkah-langkah perlu untuk mengekang pengaliran keluar pekerja yang berharga . Kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk membantu organisasi membuat perancangan strategik yang lebih berkesan bagi mengekang kehilangan tenaga kerja berkualiti.

Keywords:

Turnover, Human Resource Management, Attractive Factor

Downloads

Published

05-02-2025

How to Cite

Azimah Ninggal, & Ishak Haji Abd Rahman. (2025). Fenomena Pusing Ganti Kerja: Faktor Luaran yang Mempengaruhi Pekerja Meninggalkan Organisasi. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 10, 55–70. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1758

Issue

Section

Articles