Pembelajaran Bahasa Arab berasaskan Sistem Jadual: Pengalaman di Management and Science University

Authors

  • Mohd Fahimi Zakaria

Abstract

Meskipun bahasa Arab di Management and Science University (MSU) telah ditawarkan sejak tahun 1996, namun masih belum ada kajian khusus berkaitan proses pembelajaran bahasa Arab lantaran tiada keperluan yang mendesak seperti pada hari ini iaitu permintaan yang tinggi daripada para pelajar untuk mengambil subjek bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Ini adalah kerana bahasa Arab telah menjadi pilihan ramai para pelajar khususnya mereka yang menganggap bahasa Arab sebagai satu keperluan komunikasi yang penting pada hari ini. Maka, melalui kajian ini, pengkaji cuba melihat proses pembelajaran bahasa Arab dengan menggunakan sistem jadual di MSU dengan menggunakan sukatan yang diajar oleh pengkaji sendiri selaku pensyarah bahasa Arab. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji sepanjang mengajar subjek bahasa Arab di MSU sejak tahun 2016. Berdasarkan kajian-kajian yang dikumpul, pengkaji mendapati bahawa sistem jadual merupakan antara kaedah pembelajaran bahasa yang lebih mudah dan ringkas khususnya untuk mempelajari bahasa asing seperti bahasa Arab. Pembelajaran berasaskan sistem jadual juga termasuk dalam kategori pembelajaran melalui aktiviti seperti yang dicadangkan oleh sarjana bahasa dan linguistik sebagai kaedah pembelajaran abad ke-21.

 

Although Arabic at Management and Science University (MSU) has been offered since 1996, there is still not being specified of study on the process of learning Arabic because there is not necessary need as well as today in accordance with the high demand from students to take Arabic subjects as a third language. This is because Arabic has become the choice of many students especially those who considered Arabic as an important communication need today. Thus, through this study, the researcher tried to look at the process of learning Arabic by using the schedule system at MSU by using the syllabus taught by the researcher as an Arabic language lecturer. The researcher used the library method based on the researcher's experience and observations while teaching Arabic subjects at MSU since 2016. Based on the studies collected, the researcher found that the table system is one of the easier and simpler language learning methods, especially for learning foreign languages such as Arabic. Schedule system based on learning is also included in the category of learning through activities as suggested by scholars of language and linguistic as a 21st century learning method.

Keywords:

Arabic, Schedule System, MSU

Downloads

Published

05-02-2025

How to Cite

Mohd Fahimi Zakaria. (2025). Pembelajaran Bahasa Arab berasaskan Sistem Jadual: Pengalaman di Management and Science University. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 10, 33–46. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1537

Issue

Section

Articles