Perbandingan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Menurut Al-Qabisi dan Benjamin Samuel Bloom

Authors

  • Mohd Syaubari Othman
  • Mohd Ridhuan Mohd Jamil

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan suatu tranformasi di dalam sistem pendidikan di Malaysia pada abad ini selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Amalan pengajaran yang menerapkan KBAT ini telah melangkaui keseluruhan konsep kandungan mata pelajaran dengan difokuskan kepada beberapa teori KBAT khususnya taksonomi Bloom dan Lorin Anderoson. Namun begitu, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang berteraskan kepada al-Quran dan as-sunnah, pelaksanaan elemen KBAT ini perlu diterjemahkan menerusi asas Falsafah Pendidikan Islam yang meletakkan kesempurnaan pendidikan akal sebagai teras utama di dalam memacu pembudayaan kemahiran berfikir ini. Kemunculan tokoh-tokoh seperti Al-Qabisi yang membicarakan secara menyeluruh pendekatan pengajaran yang bersesuian untuk diintegrasikan dengan elemen KBAT. Untuk itu, kajian ini menggunakan proses penganalisisan secara analisis kepustakaan dengan mengemukakan perbandingan isi kandungan yang mempunyai kesamaan sinonim atau terangkum di dalam maksud konsep Al-Qabisi dalam konteks pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam dengan penghasilan taksonomi keperluan berfikir manusia oleh Bloom. Dapatan kajian ini menghasilkan nilai empat pengintegrasian konsep asas Al-Qabisi dan Bloom di dalam keperluan penerapan KBAT iaitu perancangan, permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PdP pendidikan Islam yang menerapkan KBAT seharusnya menitikberatkan proses dan falsafah pengajaran yang telah dibentuk oleh Al-Qabisi melangkaui amalan taksonomi KBAT yang telah dibentuk oleh Benjamin Samuel Bloom bagi memastikan nilaian kefahaman, penghayatan dan pengamalan oleh pelajar menepati kehendak yang ditetapkan berasaskan acuan Falsafah Pendidikan Islam.

 

High-order thinking skills (HOTS) is a transformation in the education system in Malaysia in this century in line with the implementation of the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025. The teaching practice that applies HOTS has gone beyond the whole concept of subject content by focusing on several theories of HOTS in particular the taxonomy of Bloom and Lorin Anderoson. However, for Islamic Education subjects based on al-Quran and as-sunnah, the implementation of this element of HOTS needs to be translated through the foundation of Islamic Education Philosophy which places the perfection of mind education as the main thrust in driving the cultivating of thinking skills. The emergence of figures such as Al-Qabisi who thoroughly discuss teaching approaches that are suitable to be integrated with the elements of HOTS. To that end, this study uses the process of literature analysis by presenting a comparison of content that has synonymous similarities or is included in the meaning of the concept of Al-Qabisi in the context of teaching Islamic Education subjects with the production of taxonomy of human thinking needs by Bloom. The findings of this study produce the value of the four integrations of the basic concepts of Al-Qabisi and Bloom in the need for the application of HOTS, namely the planning, beginning, development and closing of teaching. Overall, the implementation of PdP Islamic Education that applies HOTS should emphasize the teaching process and philosophy that has been formed by Al-Qabisi beyond the taxonomic practice of HOTS that has been formed by Benjamin Samuel Bloom to ensure the value of understanding, appreciation and practice by students meet the requirements set based on the mold. Philosophy of Islamic Education.

Keywords:

Teaching of Al-Qabisi, Bloom, KBAT, Islamic Education

Downloads

Published

05-02-2025

How to Cite

Mohd Syaubari Othman, & Mohd Ridhuan Mohd Jamil. (2025). Perbandingan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Menurut Al-Qabisi dan Benjamin Samuel Bloom. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 10, 25–32. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1536

Issue

Section

Articles