Literasi Digital: Peranan Aplikasi Facebook dan AI dalam Membentuk Sokongan Politik dalam Konteks Malaysia dan Antarabangsa

Authors

  • Zamirul Nur Hakim M. Zailani
  • Mohd Shahnawi Haji Muhmad Pirus
  • Wardatul Hayat Adnan

DOI:

https://doi.org/10.58915/johdec.v15.2026.3446

Keywords:

Facebook, AI, sokongan politik, media sosial, pilihan raya, Malaysia, agenda-setting, berita palsu, political support, social media, elections, fake news

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan aplikasi Facebook dan AI dalam membentuk sokongan politik, dengan penekanan khusus kepada konteks Malaysia dan perbandingan dengan negara-negara lain. Facebook, sebagai salah satu platform media sosial terbesar di dunia, telah memainkan peranan yang semakin penting dalam politik moden, terutamanya dalam mobilisasi pengundi dan pengaruh dalam pilihan raya. Dalam kajian ini, penulis akan mengkaji pelbagai literatur terkini untuk menganalisis bagaimana Facebook digunakan sebagai alat politik oleh kerajaan, parti politik, dan individu untuk membentuk persepsi politik serta meningkatkan sokongan kepada pihak berkuasa. Fokus utama adalah pada penggunaan Facebook dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU14 dan PRU15), dengan perbandingan kepada pilihan raya di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, India, dan Filipina. Kajian ini mengaplikasikan teori-teori media sosial seperti Agenda-Setting Theory, Uses and Gratifications Theory, dan Spiral of Silence untuk memahami dinamik hubungan antara media sosial dan sokongan politik. Selain itu, kajian ini juga menilai kesan negatif seperti penyebaran berita palsu dan polarisasi politik yang sering kali
wujud dalam perbincangan politik di Facebook. Dapatan kajian ini dijangka dapat memberikan wawasan tentang keberkesanan Facebook dalam mempengaruhi pengundi dan bagaimana ia membentuk keputusan politik, serta menawarkan cadangan untuk pengurusan media sosial yang lebih bertanggungjawab dalam konteks pilihan raya.

This study aims to examine the role of the Facebook application and AI in shaping political support, with a specific focus on the context of Malaysia and a comparison with other countries. Facebook, as one of the largest social media platforms in the world, has played an increasingly important role in modern politics, particularly in voter mobilization and influence in elections. In this study, the author reviews various recent literature to analyze how Facebook is used as a political tool by governments, political parties, and individuals to shape political perceptions and increase support for authorities. The main focus is on the use of Facebook in Malaysia’s General Elections (GE14 and GE15), with comparisons to elections in countries such as the United States, India, and the Philippines. This study applies social media theories such as the Agenda-Setting Theory, Uses and Gratifications Theory, and Spiral of Silence to understand the dynamics of the relationship between social media and political support. Additionally, the study also evaluates negative effects such as the spread of fake news and political polarization that often arise in political discussions on Facebook. The findings of this study are expected to provide insights into the effectiveness of Facebook in influencing voters and shaping political decisions, while also offering recommendations for more responsible management of social media in the context of elections.

Downloads

Published

30-07-2026

How to Cite

Zamirul Nur Hakim M. Zailani, Mohd Shahnawi Haji Muhmad Pirus, & Wardatul Hayat Adnan. (2026). Literasi Digital: Peranan Aplikasi Facebook dan AI dalam Membentuk Sokongan Politik dalam Konteks Malaysia dan Antarabangsa. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 15, 111–119. https://doi.org/10.58915/johdec.v15.2026.3446