Meneroka Impak Negatif Dalam Fenomena Revolusi Industri Muzik Melayu Tempatan Di Laman Media Sosial: Kaedah Grounded Theory
DOI:
https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.2732Abstract
Mutakhir ini, pengaruh dari laman rangkaian media sosial dilihat memainkan peranan yang penting dalam industri muzik Melayu tempatan. Sungguhpun mampu memberikan impak positif, media sosial ini juga turut dilihat memberikan impak negatif kepada pengeluaran kandungan muzik dari segmen pengedaran dan kepenggunaan. Objektif utama kajian ini adalah membina model paradigma bagi fenomena laman rangkaian media sosial untuk artis muzik Melayu tempatan, berdasarkan pengalaman komprehensif mereka yang terlibat dan terpilih dalam industri muzik Malaysia dan penglibatan di laman rangkaian media sosial. Melalui pendekatan Grounded Theory, penelitian ini mengumpulkan data dari kaedah temubual mendalam dengan pelaku industri muzik, termasuk artis, penerbit, dan komposer, penulis lirik, pensyarah muzik, pensyarah media, juruhebah, wartawan, penggiat seni serta analisis kandungan dari platform media sosial yang relevan. Hasil kajian mengungkapkan bahawa media sosial bukan sahaja menciptakan peluang baru terutamanya bagi artis dan industri muzik Melayu tempatan, namun juga menimbulkan kesan negatif yang boleh dianggap sebagai sebagai bertentangan dalam hal pemeliharaan nilai budaya dan keaslian artistik dalam muzik Melayu tempatan. Impak negatif yang muncul dari analisis termasuk (1) Negatif Karya Rosak; (2) Aspek Mengejar Populariti; (3) Kerosakkan Industri; (4) Kelemahan Sikap Pengguna; (5) dan Kesan Kepada Penyanyi Berbakat. Kajian ini turut sama menawarkan wawasan strategi mengatasi bagi kelangsungan industri muzik Melayu dalam era digital terutamanya di laman media sosial. Adalah diharapkan kajian ini bakal memberi sumbangan penting kepada pemahaman pengguna terutama mereka yang menceburkan diri dalam arena industri muzik Melayu tempat tentang revolusi industri muzik Melayu dalam era digital, kerumitan dan dinamik dalam penyesuaian budaya, ekonomi dan teknologi.
Kata kunci: Media sosial, Industri Muzik Melayu, Grounded Theory, Produksi Muzik, Pemasaran Digital, Impak Negatif.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








