DUN Terengganu Tanpa Pembangkang: Satu Tinjauan Analisis Media

Authors

  • Ilyas Abdullah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Raub
  • Ku Hasnan Ku Halim Pusat Pengajian Umum dan Ko Kurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Shuhairimi Abdullah https://orcid.org/0000-0003-0040-0920

DOI:

https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.2693

Abstract

Artikel ini membincangkan polemik berkaitan keberkesanan perbahasan DUN Terengganu tanpa pembangkang. Dapatan daripada kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa analisis daripada tajuk berita terpilih sepanjang tahun 2023. PRU 2022 dan PRN 2023 melakarkan sejarah baharu dalam politik Terengganu. PAS bukan sahaja berjaya memenangi semua lapan kerusi parlimen malahan turut berjaya menewaskan gabungan BN-PH dalam PRN 2023 dengan memperolehi 32 kerusi sekaligus menjadikan Terengganu sebagai satu-satunya negeri tanpa pembangkang. Berdasarkan keputusan PRN tersebut, pelbagai polemik timbul dan menjadi tajuk-tajuk berita berkaitan amalan demokrasi yang dikatakan terhenti di DUN Terengganu. Selain daripada polemik, dapatan kajian ini turut membincangkan cadangan dan penyelesaian yang dianalisis berdasarkan tajuk-tajuk berita terpilih. Berdasarkan analisis, praktis demokrasi di DUN Terengganu sebenarnya berlangsung seperti biasa. Dalam politik moden, pelbagai pendekatan boleh dilakukan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan. Selain daripada peranan backbencher, rakyat sendiri mampu memainkan peranan secara berkesan dan mengawal segala dasar, perancangan dan perkembangan projek yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu. Pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 oleh Hadi Awang selaku Menteri Besar ketika itu membuktikan keterbukaan Kerajaan Terengganu menerima teguran dan pandangan alternatif daripada ADUN Lantikan. ADUN Lantikan boleh dilantik maksimun empat orang yang terdiri daripada wanita dan juga wakil bukan Islam. Justeru, Fasal yang termaktub dalam Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu juga wajar diperluaskan kepada wakil pembangkang untuk dipilih sebagai ADUN Lantikan tanpa melalui proses pilihanraya. Hal ini bagi membolehkan wakil daripada parti pembangkang sekurang-kurang mampu terlibat dalam perbahasan di DUN.

This article discusses the polemic related to the effectiveness of the Terengganu State Assembly debate without opposition. The findings from this study were based on several analyses from selected news headlines throughout 2023. The 2022 General Election and the 2023 General Election have made a new history in Terengganu politics. PAS not only managed to win all eight parliamentary seats but also managed to defeat the BN-PH coalition in the 2023 election by winning 32 seats, thus making Terengganu the only state without an opposition. Based on the results of the election, various polemics arose and became news headlines related to the practice of democracy which is said to have stopped in the Terengganu State Assembly. Apart from polemics, the findings of this study also discuss proposals and solutions analyzed based on selected news headlines. Based on the analysis, the practice of democracy in the Terengganu State Assembly actually goes on as usual. In modern politics, various approaches can be taken as a check and balance mechanism to the government. Apart from the role of the backbencher, the people themselves are able to play an effective role and control all policies, planning and project development carried out by the Terengganu Government. The amendment to the Terengganu State Government Body Law in 1999 by Hadi Awang as Chief Minister proved the Terengganu Government's openness to accept alternative views from the Appointed Assemblymen. Appointed Assemblymen can be appointed a maximum of four people consisting of women and also non-Muslim representatives. Therefore, the clause enshrined in the Terengganu State Government Law should also be extended to opposition representatives to be elected as Appointed Assemblymen without going through an election process. This is to enable representatives from opposition parties to at least be able to participate in debates in the state assembly.

Downloads

Published

11-12-2025

How to Cite

Abdullah, I., Ku Halim, K. H., & Abdullah, S. (2025). DUN Terengganu Tanpa Pembangkang: Satu Tinjauan Analisis Media . Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 14. https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.2693

Issue

Section

Articles