Iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas: Suatu Analisis Terhadap Pembinaan Figura Bapa melalui Naratif Semiotik
DOI:
https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.2259Keywords:
Iklan, Hari Raya Aidilfitri, Analisis Kandungan, Bapa, SimbolismeAbstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat pemaparan figura seorang bapa di dalam iklan tempatan, iaitu iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas bagi tahun 2024. Pengkaji berminat untuk mengetahui bagaimana pembinaan kepada figura bapa ini dihasilkan oleh pembuat teks menerusi naratif simbolisme yang digunakan melalui kaedah pembikinan karya kepada audies. Dari situ, pengkaji dapat membuat suatu andaian intelektual tentang hubungan simbolisme yang wujud menerusi figura bapa yang dihasilkan dan perkaitannya dengan budaya Melayu tempatan. Kaedah yang diaplikasi untuk kajian adalah kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan. Kajian ini juga menggunakan teori Teori Semiotik (Saussure, 1974) bagi melihat elemen penanda dan juga petanda yang muncul dalam sampel iklan kajian ini. Justeru, hasil terhadap kajian ini mendapati simbolisme dalam figura bapa memperlihatkan idealisme ketabahan, pengorbanan, dan ikatan kekeluargaan yang kukuh, yang mencerminkan nilai-nilai tradisional dalam budaya Melayu. Rentetan daripada itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa iklan tempatan tidak hanya bertindak sebagai medium komersial tetapi juga sebagai alat penting dalam mengukuhkan nilai-nilai budaya yang lestari kepada masyarakat tempatan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








