‘Bekerja Bersama Saya’: Implikatur dalam Teks Ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Abstract
Ucapan politik ialah saluran komunikasi pemimpin dengan yang dipimpin. Melalui ucapan politik, pemimpin meraih sokongan terhadap kekuasaan, merencanakan tindakan dan perancangan masa depan. Komponen pengucapan politik termasuklah apa yang diujarkan secara langsung dan juga tidak langsung. Dalam keadaan tertentu, ucapan tidak langsung lebih memberikan kesan kepada khalayak. Pengucapan tidak langsung atau implikatur ialah satu cabang bidang pragmatik yang mengambil kira hubungan dengan budaya dan masyarakat. Kertas kerja ini akan meneliti perkaitan antara penggunaan implikatur, pengucap dan persekitaran yang melingkari sesuatu ucapan politik. Dengan menggunakan teori implikatur Grice (1975) dan disesuaikan mengikut kerangka implikatur Asmah Haji Omar tentang lakuan bahasa tak langsung (indirect speech), pengkaji akan meneliti tiga teks ucapan perasmian perhimpunan Agung UMNO oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa oleh Tun Abdullah mengambil kira khalayak dan aspek konteks yang lain seperti budaya Melayu. Beliau turut mengaplikasikan bentuk-bentuk implikatur yang sesuai dengan falsafah kepemimpinan beliau.
Political speeches is an avenue for leaders to communicate their ideology with the people that they lead. Through language, leaders attained and exercised power and also gained public approval for future actions. The components of a successful speech include a combination of explicit and implicit language. And in certain situations, what is implied can have even more impact to the audience. Indirect speech or implicature is a area of study in pragmatics that deals with the relationship between language, culture and society. This paper analyses the relationship between the use of implicatures, the speaker and circumstances surrounding the production of political speeches. Using Gricean theory on implicature (1975) that has been adapted to Asmah’s implicature framework on indirect speech acts, the study examines three speeches made by Tun Abdullah Ahmad Badawi at the opening ceremony of the UMNO general assembly. The findings show that Tun Abdullah’s language use took the audience and Malay culture into account. His usage of implicatures also helped to accentuate his particular brand of leadership.