Hubungan Pelaksanaan Komposisi Pembelajaran yang Mengintergrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dengan Pencapaian Pelajar di dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara pelaksanaan komposisi pembelajaran yang mengintergrasikan KBAT dengan tahap pencapaian pelajar menerusi mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah. Cetusan kajian ini adalah bersandarkan dapatan kajian lain yang menujukkan proses pelaksanaan pembelajaran pelajar yang bersifat tradisional dan tidak mengamalkan aktiviti berteraskan KBAT. Seterusnya, kajian ini meneliti profil dari aspek komposisi pembelajaran pelajar dan hubungan dengan pencapaian semasa pelajar. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi soal selidik KBAT yang digunakan oleh (Rabiatul Adawiyah, 2008) yang telah mengadaptasikan instrumen Anderson yang diubahsuaikan daripada taksonomi Bloom, iaitu ‘Learning and Study Strategies High Order Thinking, Instrumen penilaian amalan pengajaran Pendidikan Islam oleh (Mohd Aderi, 2010) dan Instrumen pemantauan pembelajaran Jemaah Nazir (JNJK, 2011) bagi mengukur pelaksanaan komposisi pembelajaran pelajar dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha (α) 0.902. Sampel yang terlibat adalah pelajar tahun lima yang diambil secara rawak berstrata dan berkelompok dari sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar negeri Perak. Data dianalisis menggunakan kiraan frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim dan kolerasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap hubungan di antara komposisi pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah sederhana tinggi bagi enam konstruk, iaitu perancangan (min = 3.43, SP = 0.54, r = 0.457 ), penetapan objektif (min = 3.31, SP = 0.49, r = 0.455), pelaksanaan set induksi (min = 3.42, SP = 0.49, r = 0.324), penggunaan sumber pendidikan (min = 3.35, SP = 0.48, r = 0.673), pelaksanaan penyoalan (min = 3.32, SP = 0.57, r = 0.535) menilai kefahaman pelajar (min = 3.07, SP = 0.59, r = 0.4781), manakala melaksanakan refleksi (min = 3.15, SP = 0.55, r = 0.0931), merumuskan isi pengajaran (min = 3.34, SP = 0.60, r = 0.183) mencatatkan dapatan hubungan yang rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan komposisi pembelajaran dari segi keseluruhan dengan hubungan pencapaian pelajar adalah sederhana (r = 0.031, p = 0.579, r = 0.0852). Oleh itu, pelaksanaan komposisi pembelajaran adalah mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar, namun terdapat faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran pendidikan Islam.
This study aims to see the relationship between the implementation of learning composition that integrates HOTS with the achievement of students through Islamic education subjects in primary schools. This study examines the profile of the aspect of student learning composition and the relationship with the current student achievement. The instrument used is the adaptation of the HOTS questionnaire used by (Rabiatul Adawiyah, 2008) which has adapted the modified Anderson instrument from Bloom's taxonomy, 'Learning and Study Strategies High Order Thinking, Islamic Education teaching practice assessment instrument by (Mohd Aderi, 2010) And teaching monitoring instructional materials (JNJK, 2011) to measure the implementation of student learning composition with the reliability value of Cronbach Alpha (α) 0.902. Samples involved were five year students who were taken randomly stratified and grouped from national schools around the state of Perak. The data were analyzed using frequency, percentage, mean, standard deviation, and Pearson correlation. The results showed that the level of correlation between the composition of learning and the achievement of the students was moderate high for six constructs ie planning (min = 3.43, SP = 0.54, r = 0.457), objective setting (min = 3.31, SP = 0.49, r = 0.455) The use of educational resources (mean = 3.35, SP = 0.48, r = 0.673), implementation of questionnaire (min = 3.32, SP = 0.57, r = 0.535) (Min = 3.07, SP = 0.59, r = 0.4781), while performing reflection (mean = 3.15, SP = 0.55, r = 0.0931) summarize the teaching content (mean = 3.34, SP = 0.60, r = 0.183) = Low relationship. The findings also showed that the composition of learning in terms of overall and student achievement was moderate (r = 0.031, p = 0.579, r = 0.0852). Therefore, the implementation of learning composition is related to student achievement, but there are other factors contributing to student achievement in Islamic education subjects.