Wakaf Kaki Majlis Agama Islam Kedah (Maik): Kajian Kes di Daerah Kota Setar
Abstract
Institusi wakaf memainkan peranan sebagai pemangkin dalam menjana sosioekonomi masyarakat Islam. Menyedari hakikat ini, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengambil inisiatif dan langkah yang inovatif untuk mengukuhkan institusi ini dengan memperkenalkan skim wakaf kaki sejak sekian lama. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan membincangkan tentang konsep wakaf secara umum dan skim wakaf kaki secara fokus pelaksanaannya di daerah Kota Setar, Kedah. Data-data yang diperoleh hasil daripada kajian kepustakaan, dokumentasi, temu bual dengan pihak berkepentingan, pemerhatian dan tinjauan tapak dijadikan sumber dalam membuat analisis yang dijalankan secara kualitatif. Hasil kajian mendapati skim wakaf kaki telah berjaya mencapai matlamatnya walaupun berdepan dengan beberapa masalah dan halangan. Seterusnya, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah ini daripada berterusan pada masa akan datang supaya harta tanah wakaf dapat terus dibangunkan melalui skim wakaf kaki dan menjadi aset yang bernilai bagi pembangunan ekonomi umat Islam khususnya di negeri Kedah.
Waqf institution plays a role as a catalyst in improving the socio-economic status of the Muslim community. Recognizing this fact, Islamic Religious Council of Kedah (MAIK) has taken innovative initiatives to strengthen this institution by introducing foot waqf scheme. In this regard, this article will discuss the concept of waqf in general and the foot waqf scheme focusing on its implementation in Kota Setar, Kedah. The data obtained from library research, documentation, interviews with stakeholders, site observations and surveys were used as sources for qualitative analysis. The findings show that the foot waqf scheme has succeeded in achieving its goals despite facing some problems and obstacles. Subsequently, several suggestions were raised to overcome this problem from continuing in the future so that waqf of land property could be further developed through a foot waqf scheme and become a valuable asset for the economic growth of Muslims in Kedah.