Keberkesanan Kaunseling Kelompok Terapi Integratif Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan Banduan : Satu Kajian Perbandingan Antara Penjara

Authors

  • Azahar Che Latiff
  • Puteri Hayati Megat Ahmad
  • Wan Anor Wan Sulaiman
  • Mohd Dahlan A. Malek

Abstract

The main objective of this study is to identify the effects of Integrative Therapy treatment toward depression among prisoners. Integrative therapy in this study refers to the treatment module consisting of three integrated theory in a counseling process. They involved Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) and Reality Therapy (RT). This Integrative Therapy was implicated to the respondents in six group counseling sessions. The current study applied a quasi-experimental design which involved 80 depressed prisoners (40 treatment; 40 control) recruited from five different prisons as study respondents through purposive sampling. The recruitment criteria for these prisoners was based on a high cutting point in depression score using the Beck Depression Inventory (BDI). For data analyzing purposes, non-parametric tests were used, including Mann-Whitney Test and Wilcoxon Signed Rank. Current findings through Mann-Whitney Test reported treatment group had a higher drop rate in depression score as compared to control group. Wilcoxon Signed Rank Test also demonstrated similar findings with treatment group showed higher drop rates in depression score from pre-program to post-program as compared to control group.

 

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif di dalam penulisan ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi tiga integrasi teori dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Reality Therapy (RT). Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 80 orang banduan murung (40 rawatan; 40 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenal pasti sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur Beck Depression Inventory (BDI). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian non-parametrik, iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank. Hasil kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam kemurungan. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurunan dari pra program kepada pasca program lebih besar berbanding kumpulan kawalan.

Keywords:

Prisoners, Group Counseling, Treatment Module, Integrative Therapy

Downloads

Published

07-02-2025

How to Cite

Azahar Che Latiff, Puteri Hayati Megat Ahmad, Wan Anor Wan Sulaiman, & Mohd Dahlan A. Malek. (2025). Keberkesanan Kaunseling Kelompok Terapi Integratif Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan Banduan : Satu Kajian Perbandingan Antara Penjara. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 9, 67–76. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1773

Issue

Section

Articles