Jenis Tanaman yang Diwajibkan Zakat Menurut Pandangan Fuqahak dan Tarjih Pandangan Oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Abstract
Kewajipan ibadah zakat merupakan perkara yang tidak diperselisihkan dalam kalangan umat Islam. Hakikat ini telah diyakini memandangkan zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia merupakan salah satu daripada kewajipan ibadah terhadap harta (Ibadah Maliyyah) yang dituntut untuk dilaksanakan. Zakat adalah ibadah harta yang berkaitan dengan hubungan sosial dan kemasyarakatan dan merupakan gandingan pelengkap kepada tauhid dan solat yang akan menyemai kepada perpaduan dalam kalangan umat Islam. Kewajipan zakat telah dinyatakan disepakati oleh umat Islam melalui dalil al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma’. Oleh itu, metodologi yang digunakan dalam penulisan ini adalah berdasarkan kepada analisis kandungan yang cenderung kepada kajian kualitatif. Pandangan tarjih yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dalam soal jenis tanaman yang diwajibkan zakat adalah menghampiri pandangan dalam mazhab Hanafi yang dilihat lebih luas dan menepati realiti dan kontek semasa. Dengan kemajuan bidang pertanian yang seiring dengan kepesatan teknologi, tarjih ini dilihat lebih menyampaikan maksud di sebalik kewajipan menunaikan zakat iaitu untuk membersihkan hasil daripada tanaman demi manfaat golongan asnaf layak menerima zakat.
The duty of zakat is a matter that is not disputed among Muslims. This fact has been believed since zakat is one of the pillars of Islam. It is one of the obligations of worship towards property (Ibadah Maliyyah) that is required to be implemented. Zakat is an act of worship related to social and community relations and is a complementary combination to monotheism and prayer that will sow unity among Muslims. The duty of zakat has been stated and agreed upon by Muslims through the arguments of the Qur'an, as-Sunnah and al-Ijma'. Therefore, the methodology used in this writing is based on content analysis that tends to qualitative research. The view of tarjih that has been chosen by the Perlis State Fatwa Committee on the question of the types of crops that require zakat is close to the view of the Hanafi school which is seen more widely and conforms to the current reality and context. With the progress of the agricultural field that goes hand in hand with the speed of technology, this tarjih is seen to convey more the meaning behind the obligation to pay zakat, which is to clean the produce from crops for the benefit of the asnaf group who are eligible to receive zakat.