Kesan Penggunaan Myscore Pemulihan Terhadap Penguasaan dan Minat Murid Pemulihan Khas untuk Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu
Abstract
Sebuah kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji sama ada MyScore Pemulihan berkesan untuk meningkatkan tahap skil membaca di kalangan murid pemulihan khas tahap 1 sekolah rendah. Kajian yang bersifat kuantitatif ini telah melibatkan 30 orang pelajar yang diajar menggunakan MyScore Pemulihan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Instrumen yang digunakan merangkumi ujian pos, ujian pra, soal selidik dan rawatan. Data berbentuk kuantitatif yang didapati daripada ujian pos dan ujian pra telah dikumpul, sebelum ia dianalisis oleh perisian yang bersesuaian, manakala kekerapan dan peratusan telah digunapakai dalam menganalisis data soal selidik. Perisian yang digunakan dalam penganalisaan data adalah Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 28.0. Hasil ujian t-berpasangan menyatakan bahawa skor ujian pos mempunyai perbezaan yang jelas dengan ujian pra (t = -24.98, p = 0.000). Dapatan penyelidikan (ujian Pos) ini telah menunjukkan bahawa terdapat penambahbaikan kemahiran membaca dikalangan murid-murid pemulihan khas melalui penggunaan perisian MyScore Pemulihan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Penyelidikan ataupun kajian ini juga menunjukkan bahawa MyScore Pemulihan mampu menarik minat murid-murid pemulihan khas ini untuk memberikan fokus kepada sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Sekaligus membantu meningkatkan prestasi pelajaran mereka, terutamanya dalam kemahiran membaca.
A study has been executed to examine whether MyScore Pemulihan is effective to increase reading skill level of remedial students’ level 1 in primary schools. This quantitative-oriented study involved 30 students who were taught using MyScore Pemulihan for their learning and teaching session. Instruments used included post-test, pre-test, questionnaire and treatment. The post -test and pre-test quantitative data was collected before it was analyzed using statistical software while frequency and percentage were utilized to analyze questionnaire quantitative data. Software used to analyze the data was Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 28.0. The paired t-test showed that the post-test score had a significant difference in comparison to pre-test score (t = -24.98, p = 0.000). These results indicated the increase in the reading of remedial students during the post-test with the use of MyScore Pemulihan in their learning and teaching session. The study also showed that MyScore Pemulihan was able attract the interest of the remedial students and make them more focus during learning and teaching session in the class. Thus, increase their performance, in term of reading skill.