Pentaksiran Berasaskan Projek (PBP) sebagai Alternatif Pengganti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Abstract
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu proses pembelajaran secara aktif yang dilakukan dengan mengolah pengalaman melalui cara mendengar, membaca, menulis, perbincangan, merefleksi rangsangan dan menyelesaikan masalah. Ia dipilih menjadi suatu pembelajaran alternatif dalam menggantikan UPSR. Tujuan pembangunan ini adalah untuk menilai perkembangan pembelajaran murid. Maklumat daripada pentaksiran tersebut digunakan untuk merancang tindakan susulan. Menerusi PBP ini, guru diberi pendedahan berkaitan konsep, tujuan, ciri-ciri, kaedah, aspek yang ditaksir dan pengaplikasian di dalam bilik darjah. Artikel ini telah menggunakan kaedah soal selidik 17 item soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian I, berkaitan latar belakang responden manakala bahagian II adalah kepentingan dan keperluan penilaian bagi menggantikan upsr. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pentaksiran berasaskan PBP adalah mampu digarap menjadi pentaksiran yang khusus dalam menggantikan UPSR. Kesimpulannya, kajian mencadangkan agar pembelajaran berasaskan projek diterapkan sebagai alternatif menggantikan UPSR.
Project -Based Learning (PBL) is an active learning process that is done by processing experiences through listening, reading, writing, discussion, reflecting on stimuli and problem solving. It was chosen as an alternative learning in replacing the UPSR. The purpose of this development is to assess the development of student learning. Information from the assessment is used to plan follow -up actions. Through this PBP, teachers are given exposure to the concept, purpose, characteristics, methods, aspects assessed and application in the classroom. This article has used the questionnaire method of 17 items of questionnaire which is divided into 2 parts. Part I, relates to the background of the respondents while part II is the importance and need of assessment to replace upsr. The results show that the PBP -based assessment can be worked on as a specialized assessment to replace the UPSR. In conclusion, the study suggests that project -based learning be applied as an alternative to the UPSR.