Pengajaran Pendidikan Islam bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas : Kajian Literatur Sistematik (SLR)
DOI:
https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.1203Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan pengajaran Pendidikan Islam (GPI) kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Fokus utama adalah pada amalan guru dalam menyampaikan ilmu dan melaksanakan pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan khusus MBPK. Metodologi kajian melibatkan tinjauan literatur sistematik yang merangkumi perancangan, pengendalian dan pelaporan semakan. Proses ini melibatkan pencarian dan penilaian artikel dari pangkalan data seperti MyJurnal, Google Scholar, Jstor dan Scopus untuk artikel yang diterbitkan dari 2020 hingga 2024. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 40 artikel yang dikaji, hanya 15 artikel didapati relevan. Kajian mendapati bahawa pengajaran Pendidikan Islam kepada murid berkeperluan khas (MBPK) tertumpu kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan teknologi, isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru, peranan guru serta pendekatan pengajaran kreatif dan juga aspek kolaborasi dan sokongan dalam proses pengajaran.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








