'Orang Kurang Upaya' dan 'Orang Kelainan Upaya': Analisis Kesantunan Berbahasa Dalam Penulisan Media Akhbar

Authors

  • Wan Norhaizar Harun UniMAP
  • Noriha Basir UniMAP
  • Nurul Syazwani Zulkifli
  • Faharol Zubir UniMAP

DOI:

https://doi.org/10.58915/jcsi.v7i1.2237

Keywords:

OKU, Kesopanan bahasa, Akhbar, Orang Kurang Upaya , Teori Kesantunan Brown dan Levinson

Abstract

Pemilihan kata dalam konsep kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan. Pemilihan kata bukan hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan, namun pemilihan kata seharusnya sesuai dengan komunikasi interaksi sosial. Kajian ini membincangkan penggunaan kata ‘Orang Kurang Upaya (OKU1)’ dan ‘Orang Kelainan Upaya (OKU2)’ berasaskan data akhbar dalam talian di Malaysia. Aspek yang ditumpukan ialah  gelagat kehadiran penggunaan kata OKU1 dan OKU2 dalam data akhbar dalam talian. Permasalahan kajian ini adalah wujudnya penggunaan istilah yang tidak seragam dalam penulisan akhbar bagi  OKU yang merujuk “Orang Kurang Upaya” dan “Orang Kelainan Upaya”. Penggunaan kata OKU telah termaktub dan digunakan dalam Akta 685, iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008. Teori Kesantunan oleh Brown & Levinson (1987) dimanfaatkan bagi menghuraikan pemilihan penggunaan kata tersebut. Analisis kajian mendapati bahawa penggunaan kata OKU2 “Orang Kelainan Upaya” adalah lebih santun dan sesuai digunakan dalam penulisan media, komunikasi rasmi dan interaksi sosial. Menurut Teori Brown & Levinson (1987), pemilihan kata “Orang Kelainan Upaya” berupaya memelihara muka positif dan negatif seterusnya dapat mengelakkan rasa rendah diri atau stigma negatif berbanding istilah “Orang Kurang Upaya” yang kurang sesuai kerana menonjolkan kekurangan golongan tersebut.

 

Word choice in the concept of language politeness is an important aspect of writing. Word choice should not only convey ideas but also be appropriate for social interaction and communication. This study examines the use of the terms “Orang Kurang Upaya (OKU1)” and “Orang Kelainan Upaya (OKU2)” based on data from Malaysian online newspapers. The study focuses on the usage patterns of both terms in online newspaper reports. The research problem concerns the inconsistent use of terms referring to persons with disabilities, namely “Orang Kurang Upaya” and “Orang Kelainan Upaya”. The term OKU is officially recognised under Act 685, Persons with Disabilities Act 2008. Brown and Levinson’s (1987) Politeness Theory is employed to examine the choice of terms. The findings indicate that OKU2, “Orang Kelainan Upaya,” is perceived as more polite and appropriate for media writing, official communication, and social interaction. Based on Brown and Levinson’s (1987) theory, the term “Orang Kelainan Upaya” helps preserve positive and negative face and reduces feelings of inferiority and negative stigma compared with “Orang Kurang Upaya,” which emphasises the limitations of persons with disabilities.

Downloads

Published

20-06-2025

How to Cite

Harun, W. N., Basir , N., Zulkifli, N. S., & Zubir , F. (2025). ’Orang Kurang Upaya’ dan ’Orang Kelainan Upaya’: Analisis Kesantunan Berbahasa Dalam Penulisan Media Akhbar. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 7(1), 41–54. https://doi.org/10.58915/jcsi.v7i1.2237

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 

You may also start an advanced similarity search for this article.