Dinamisme Negara dan Struktur Formasi Negara Bangsa: Dari Negara Ethno-Etnik ke Negara Bangsa Sivik?

Authors

  • Ku Hasnan Ku Halim
  • Zahrul Akmal Damin

Abstract

Tulisan ini adalah tentang unit politik di Asia, menjurus kepada pembinaan bangsa dan keruntuhannya serta kesan-kesannya kepada politik antarabangsa. Bangsa telah menjadi asas utama dalam membayangkan komuniti-komuniti politik kontemporari dan dalam pembinaan negara yang moden. Tidak akan ada negara kontemporari tanpa adanya bangsa. Dalam situasi di mana tidak terdapat bangsa yang bersifat koheren, negara mengorak langkah dalam membina sebuah bangsa. Bangsa dan negara menjadi satu sehinggakan unit politik kontemporari yang dikira sah adalah negara bangsa. Tulisan ini akan meneroka pelbagai pendekatan pembinaan bangsa, mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang lebih cenderung untuk mencetuskan konflik dan menunjukkan bagaimana kaedah-kaedah alternatif dalam membina bangsa boleh menyelesaikan lagi konflik-konflik tertentu. Secara khususnya, tulisan ini membincangkan tentang beberapa soalan berikut: Atas dasar apakah para pemimpin politik atau usahawan membayangkan bangsa mereka? Bagaimanakah ia berubah mengikut peredaran waktu? Apakah jenis imaginasi yang lebih cenderung untuk menjana konflik? Adakah imaginasi alternatif memburukkan lagi keadaan dan memajukan lagi kestabilan serantau? Apakah tindakan atau langkah kita yang wajar dan seterusnya.

 

This paper discusses the political unit in Asia, aiming at constructing nation and its failure as well as its effects on international politics. Nation is the vital element needed in contemplating contemporary political communities as well as in the development of a modern nation. There is will be no contemporary country existed with the absence of a nation. In a situation where there is no coherent nation, the country moves in developing a nation. Once the nation and the country become one, the contemporary political units that are considered legitimate are the nation-states. This paper explores various developing-nation approaches, identifying approaches that are more likely to trigger conflicts and show how alternative methods of developing a nation can tackle certain conflicts. Technically, this article discusses some of the following questions: On what basis do political leaders or entrepreneurs visualise their race? How does it change over the time? What kinds of visualisations are more likely to generate conflicts? Is alternative visualisations worsen the situation and further promote regional stability? What are the appropriate actions or measures to be proposed?

Keywords:

Bangsa, Negara Membangun, Komuniti Politik, Negara Koheren, Nation, Developing-Nation, Political Communities, Coherent Nation

Downloads

Published

11-03-2025

How to Cite

Ku Hasnan Ku Halim, & Zahrul Akmal Damin. (2025). Dinamisme Negara dan Struktur Formasi Negara Bangsa: Dari Negara Ethno-Etnik ke Negara Bangsa Sivik?. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 7, 111–126. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1889

Issue

Section

Articles