Model Gelagat Pengguna Islam

Authors

  • Siti Khalilah Basarud-din
  • Azizi Abu Bakar

Abstract

Teori gelagat pengguna yang dibangunkan oleh sarjana pemikiran barat sering digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kajian termasuklah kajian dari perspektif Islam. Persoalannya, adakah gelagat pengguna konvensional bersesuaian untuk diaplikasi dalam kajian-kajian Islam? Adakah teori-teori pemikiran barat selari dengan kehendak gelagat pengguna menurut pandangan Islam? Oleh itu, kajian ini mengkaji keperluan gelagat pengguna Islam dan perbezaannya dengan gelagat pengguna konvensional. Selain itu, tujuan kajian ini merupakan kajian awal mencadangkan faktor-faktor agama dalam mengenal pasti gelagat pengguna Islam. Faktor-faktor agama yang dicadangkan adalah faktor akidah, ibadah dan akhlak sebagai faktor utama yang mempengaruhi gelagat pengguna Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur untuk mengenal pasti dan menganalisis fenomena ini. Cadangan kajian lanjutan juga turut dibincangkan.

Keywords:

Gelagat Pengguna Islam, Akidah, Ibadah, Akhlak

Downloads

Published

11-03-2025

How to Cite

Siti Khalilah Basarud-din, & Azizi Abu Bakar. (2025). Model Gelagat Pengguna Islam. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 8, 169–182. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1815

Issue

Section

Articles