Kerangka Islam dan Sifat-sifat Terpuji (Mahmudah) Sebagai Asas dalam Keusahawanan Sosial Islam: Satu Penghayatan bagi Usahawan Sosial

Authors

  • Mohd Adib Abd Muin
  • Mohd Sollehudin Shuib
  • Azizah Che Omar
  • Shuhairimi Abdullah

Abstract

Islam adalah satu agama yang lengkap (syumul) dan menjadi panduan kepada seluruh manusia. Kerangka Islam yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak telah menjadi asas kepada manusia dalam setiap perkara. Untuk melaksanakan keusahawanan sosial Islam secara holistik, usahawan sosial perlu menerapkan kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) dalam diri serta mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) agar matlamat sosial yang ingin dicapai selari dengan kehendak syarak serta mampu memberikan sumbangan dan penglibatan kepada masayarakat secara maksimum. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan kerangka Islam sebagai asas dan panduan yang jelas kepada usahawan untuk melakukan aktiviti keusahawanan sosial, malah ditambah dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk al-Quran dan Sunnah. Diharapkan apabila kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) diikuti dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dihuraikan, maka ia mampu mencapai matlamat keusahawanan sosial Islam dan seterusnya dapat meningkatkan syiar Islam.

Keywords:

Kerangka Islam, Keusahawanan Sosial Islam (KSI), Penghayatan, Usahawan Sosial

Downloads

Published

11-03-2025

How to Cite

Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Azizah Che Omar, & Shuhairimi Abdullah. (2025). Kerangka Islam dan Sifat-sifat Terpuji (Mahmudah) Sebagai Asas dalam Keusahawanan Sosial Islam: Satu Penghayatan bagi Usahawan Sosial. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 8, 139–152. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1813

Issue

Section

Articles