Siri’ dan Pesse’: Pembentuk Nilai dan Identiti Melayu Bugis

Authors

  • M. Hasyim Mustamin
  • Makmur Haji Harun
  • Mohd. Kasturi Nor Abd Aziz

Abstract

Kejayaan dan keberhasilan orang Bugis yang bermigrasi ketika dahulu ke Tanah Melayu tidak dapat dipisahkan dengan tampilan sifat khasnya yang ditopang oleh nilai dan identiti budaya yang diwarisinya, sama ada secara individu mahupun kelompok (kolektif). Nilai dan identiti Bugis tersebut adalah Siri’ dan Pesse’ yang menjadi pandangan hidup dan amalan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup orang Bugis dianggap semakin luntur dan kurang difahami hari ini oleh masyarakat yang berketurunan Bugis disebabkan oleh perubahan sosial yang berlaku. Proses asimilasi budaya dan globalisasi yang begitu hebat memberi cabaran tersendiri terhadap nilai-nilai, adat dan tradisi yang difahami dalam masyarakat berketurunan Bugis terutama yang hidup di perantauan. Ekoran daripada situasi tersebut, ramai kalangan Melayu berketurunan Bugis hanya dapat mengenal dirinya sebagai berketurunan Bugis namun tiada memahami dan mendapatkan pendedahan konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup mereka. Justeru itu, kertas kerja kerja ini bertujuan untuk mengesan dan mendedahkan semula konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai pembentuk nilai dan identiti di kalangan masyarakat Bugis.

 

The success and excellence of the Bugis people who migrated to Malaya many years ago cannot be separated from the inherited main character, values, and cultural identity, whether individual or group (collective). The Bugis' values and identities are Siri' and Pesse', which represent their worldview and way of life. However, the concept of Siri 'and Pesse' as the Bugis life philosophy is considered to be fading and less understood today by the Bugis community as a result of social changes that have occurred. The vast process of cultural assimilation and globalisation poses new challenges to the Bugis community's values, customs, and traditions, particularly for those living abroad. As a result of this situation, many Malays of Bugis descent can only identify as Bugis, but none understand or appreciate the concept of exposure Siri' and Pesse' as a life philosophy. As a result, the purpose of this paper is to trace and re-reveal the concept of Siri' and Pesse' as shapers of values and identity in the Bugis community.

Keywords:

Siri’ and Pesse’, Values, Identity, Bugis, Malay

Downloads

Published

05-02-2025

How to Cite

M. Hasyim Mustamin, Makmur Haji Harun, & Mohd. Kasturi Nor Abd Aziz. (2025). Siri’ dan Pesse’: Pembentuk Nilai dan Identiti Melayu Bugis. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 10, 15–23. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/johdec/article/view/1535

Issue

Section

Articles