Corak Penggunaan Percampuran Kod dalam Kalangan Pelajar Malaysia di China

Authors

  • Muhammad Zaid Muhammad Shafie
  • Zaliza Mohamad Nasir

Abstract

Bahasa adalah alat yang sangat penting bagi manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ia juga merupakan alat untuk menyampaikan mesej dari seorang individu ke individu lain.. Di dunia moden, cara manusia berkomunikasi menjadi lebih mudah dan pantas dengan penemuan teknologi. Salah satu medium komunikasi yang popular di kalangan pengguna adalah aplikasi WhatsApp. Bahasa yang digunakan dalam aplikasi WhatsApp juga bergantung kepada pengguna bahasa. Namun begitu, di dapati penggunaan bahasa rojak, iaitu percampuran kod bahasa Melayu dan bahasa lain dalam aplikasi WhatsApp adalah amat ketara digunakan oleh pengguna di Malaysia. Sehubungan itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat bentuk dan corak penggunaan percampuran kod antara bahasa Melayu dan Mandarin dalam platform media sosial WhatsApp serta faktor yang mendorong kepada penggunaan percampuran kod tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul daripada sebuah kumpulan perbualan di aplikasi WhatsApp yang terdiri daripada 18 orang alumni pelajar jurusan bahasa Mandarin dan merupakan rakan sekelas selama lima tahun dari Beijing Foreign Studies University, China. Data diambil dari sejarah perbualan mereka dalam jangka masa dua tahun empat bulan iaitu daripada 6 Mac 2015 sehingga 6 Julai 2017. Dapatan kajian mendapati bentuk percampuran kod penyisipan adalah bentuk yang paling banyak digunakan diikuti dengan bentuk penggantian. Manakala bentuk percampuran kod yang sedikit adalah bentuk leksikal kongruen. Seterusnya faktor yang menyebabkan penggunaan percampuran kod ini adalah ketiadaan istilah atau terjemahan yang tepat, mudah menyampaikan maksud pesanan, dapat berlatih serta meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin, faktor pesekitaran, tanda penegasan dan mengelak daripada berlakunya salah faham. Secara keseluruhannya, penggunaan percampuran kod ini dapat membantu pelajar supaya menjadi biasa dengan penggunaannya, seterusnya meningkatkan tahap pemahaman mereka.

Keywords:

Whatsapp, penggunaan Bahasa, media sosial, percampuran kod

Downloads

Published

24-07-2024

How to Cite

Muhammad Zaid Muhammad Shafie, & Zaliza Mohamad Nasir. (2024). Corak Penggunaan Percampuran Kod dalam Kalangan Pelajar Malaysia di China. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI), 4(2), 137–151. Retrieved from https://ejournal.unimap.edu.my/index.php/jcsi/article/view/1059

Issue

Section

Articles