Tahap Keyakinan Melindungi Diri Remaja terhadap Jenayah Scam: Analisis Indeks

Authors

  • Fidlizan Muhammad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) https://orcid.org/0000-0001-9329-0032
  • Nik Nur Ainsyah Mohd Radzuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Siti Zulaikha Zainudin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Salwa Amirah Awang Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

DOI:

https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.697

Keywords:

scam, golongan muda, pendidikan, pengetahuan, keselamatan, indeks keyakinan

Abstract

Jenayah scam di Malaysia mencatatkan peningkatan membimbangkan dalam bilangan kes dan nilai kerugian. Pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai kempen dan strategi untuk mengatasi isu dan mendidik masyarakat menangani jenayah ini. Persoalannya, sejauhmana masyarakat khususnya golongan muda peduli mengenai bahaya jenayah scam ini. Keterdedahan dengan teknologi dan sasaran sebagai mangsa baru penjenayah, mendorong untuk memilih golongan muda sebagai responden kajian. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik bagi mendapatkan data kajian. Data yang diperoleh, dianalisis menggunakan kaedah deskriptif iaitu kekerapan dan peratus, manakala analisis indeks pula diaplikasi bagi mengukur tahap pengetahuan jenis scam secara keseluruhan, jantina dan umur. Hasil analisis mendapati, pemancingan data dan mangsa berlaku melalui tiga medium media sosial iaitu telegram, facebook dan instagram. Menawarkan hadiah lumayan dan kesegeraan membuat tindakan merupakan dua elemen digunakan pejenayah bagi menjayakan modus operandi scam. Scam COD dan pelaburan merupakan dua jenis scam yang kurang diyakini oleh responden secara keseluruhan, dan mengikut kategori jantina dan umur.  Implikasi kajian ini mendapati, golongan muda perlu diberi pendedahan mengenai jenayah scam secara berterusan. Pendidikan berkaitan teknologi selamat khususnya merupakan elemen yang perlu diberi fokus bagi memastikan pengguna tahu kaedah untuk melindungi diri dan keselamatan data daripada penjenayah

Downloads

Published

05-12-2025

How to Cite

Muhammad, F., Mohd Radzuan, N. N. A., Zainudin, S. Z., Mohamed Shaarani, A. Z., & Awang, S. A. (2025). Tahap Keyakinan Melindungi Diri Remaja terhadap Jenayah Scam: Analisis Indeks. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 14, 87–99. https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.697

Issue

Section

Articles