Meneroka Tema-Tema Baharu Yang Wujud Dalam Fenomena Revolusi Industri Muzik Melayu Tempatan Di Laman Media Sosial : Kaedah Grounded Theory

Authors

DOI:

https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.2733

Keywords:

Media sosial, Industri Muzik Melayu, Grounded Theory, Produksi Muzik, Pemasaran Digital, Tema Baharu

Abstract

Sejak kebelakangan ini, pengaruh dari laman rangkaian media sosial dilihat memainkan peranan yang penting dalam industri muzik Melayu tempatan. Platform media sosial bukan sahaja dilihat mampu memberi impak positif namun turut memberikan impak negatif kepada pengeluaran kandungan muzik dari segmen pengedaran dan kepenggunaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh media sosial terhadap industri muzik Melayu tempatan, dengan fokus khusus pada bagaimana teknologi digital dan platform media sosial telah menjejaskan industri ini. Objektif utama kajian ini adalah membina model paradigma bagi fenomena laman rangkaian media sosial untuk artis muzik Melayu tempatan, berdasarkan pengalaman komprehensif mereka yang terlibat dan terpilih dalam industri muzik Malaysia dan penglibatan di laman rangkaian media sosial. Namun pada kertas kajian ini lebih menumpukan kepada kewujudan tema baharu yang muncul. Melalui pendekatan Grounded Theory, penelitian telah dapat mengumpulkan data dari kaedah temubual mendalam dengan pelaku industri muzik, termasuk artis, penerbit, dan komposer, penulis lirik, pensyarah muzik, pensyarah media, juruhebah, wartawan, penggiat seni serta analisis kandungan dari platform media sosial yang relevan. Hasil kajian juga telah menemui beberapa tema baharu yang dilihat tidak dihuraikan dalam kajian lepas. Tema utama yang muncul dari analisis termasuk (1) Birokrasi dalam dunia hiburan di Malaysia; (2) Kelemahan sikap pengguna di malaysia; (3) Kesan kepada penyanyi yang berbakat; (4) Pengamalan prinsip pelaku sendiri; (5) dan Kejatuhan artis lama disebabkan ketidakakuran. Kajian ini menawarkan wawasan baharu tentang kelangsungan industri muzik Melayu dalam era digital terutamanya di laman media sosial, menyoroti bagaimana adaptasi terhadap media sosial yang merupakan faktor kritikal dalam menentukan keberhasilan dan keberlangsungan dalam industri muzik Melayu tempatan. Penyelidikan ini dilihat dapat memberi sumbangan penting kepada pemahaman kita tentang transformasi industri muzik Melayu dalam era digital, menonjolkan kerumitan dan dinamik penyesuaian budaya, ekonomi dan teknologi hasil daripada kewujudan tema baharu yang muncul.

Kata kunci: Media sosial, Industri Muzik Melayu, Grounded Theory, Produksi Muzik, Pemasaran Digital, Tema Baharu

Downloads

Published

05-12-2025

How to Cite

Haris, M. I. I., & Abu Bakar, H. S. (2025). Meneroka Tema-Tema Baharu Yang Wujud Dalam Fenomena Revolusi Industri Muzik Melayu Tempatan Di Laman Media Sosial : Kaedah Grounded Theory. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 14, 161–168. https://doi.org/10.58915/johdec.v14.2025.2733

Issue

Section

Articles