Kefahaman ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dalam Dialog Antara Agama
Abstract
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor memainkan peranan yang signifikan dalam dialog antara agama bermula pada tahun 1998. Memfokuskan terhadap masyarakat di Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor terlibat dalam membudayakan amalan dialog antara agama. Penglibatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dalam dialog antara agama mencetuskan persoalan mengenai tahap kefahaman ahli dalam dialog antara agama. Justeru, kertas kerja ini membincangkan tahap kefahaman Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor tentang dialog antara agama. Reka bentuk kajian adalah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Bagi kuantitatif, seramai 102 responden dalam kalangan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor. Bagi kualitatif, metode temu bual digunakan terhadap dua pimpinan pertubuhan. Selain itu, sejumlah dokumen-dokumen pertubuhan seperti laporan tahunan, laman sesawang turut dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman dialog antara agama ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor adalah pada tahap tinggi dengan jumlah skor min sebanyak 3.89. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor mempunyai tahap kefahaman yang tinggi tentang dialog antara agama.
The Johor Islamic Youth Forces of Malaysia (ABIM) played a significant role in interfaith dialogues beginning in 1998. Focusing on the people in Johor, the ABIM involved in enculturing interfaith dialogues. The involvement of the ABIM in interfaith dialogues raises questions about the level of expertise in interfaith dialogue. Hence, this paper discusses the level of understanding of the ABIM in interfaith dialogues. The design of the study is quantitative and qualitative. For quantitative design, a total of 102 respondents among ABIM members, while for the qualitative design, interview with two leaders of the organization was used. In addition, a number of documentation of the organization such as annual reports, websites were analyzed. The findings show that the level of dialogue between ABIM members is high with a mean score of 3.89. This finding also shows that ABIM members have a high level of understanding of interfaith dialogues.